Ribhan binti Ibrahim2024-05-302024-05-302022Ibrahim, R. (2022). Analisis Teks Hadith Saintifik Dalam Modul Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Politeknik Port Dickson. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 101–112. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/13eISSN: 2756-8156https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/13/35https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/173788TH International Prophetic Conference SWAN 2022 5th to 6th October 2022 (Hybrid Conference) Organized by: Faculty Of Quranic And Sunnah StudiesModul Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam merupakan sebuah modul pembelajaran Islam di Politeknik Port Dickson yang menerapkan nas al-Quran, hadith dan fakta saintifik. Modul yang ditawarkan kepada pelajar semester 2 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam dan pelajar semester 5 Jabatan Kejuruteraan Elektrik ini telah memuatkan sebuah tajuk khas; Wahyu Sebagai Sumber Dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan. Objektif kajian ialah untuk menganalisis empat buah hadith utama dalam aspek takhrij hadith dan menampilkan syarahhadith yang dapat dihubungkan dengan fakta sains. Kajian ini penting bagi mengenalpasti keabsahan hadith dan mendapatkan syarah hadith untuk membantu pemantapan modul. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan teks hadith utama. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan hadith dalam aspek takhrijdan mengemukakan syarahhadith daripada sumber muktabar. Dapatan kajian menunjukkan tiada status hadithdan syarah hadith yang lengkap dalam modul. Hadith tertumpu pada terjemahan dan belum menerapkan disiplin penulisan hadith biarpun hadith sedia dikaitkan dengan perbincangan saintifik. Rumusan terpenting, hadith-hadith yang digunakan adalah bersesuaian di peringkat pengajian bukan pengajianIslam tulen. Namun untuk menonjolkan keunggulan pembelajaran hadith, status hadith dan syarahhadith perlu dimasukkan. Ini untuk memperlihatkan jalinan pembelajaran naqlidan ’aqliyang lebih mantap.otherAnalisis,Hadith, Modul Sains Teknologi dan Kejuruteraan, Politeknik Port DicksonAnalisis Teks Hadith Saintifik Dalam Modul Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Politeknik Port DicksonArticle113122