Zulfikri Yasoa’2026-02-092026-02-092025Zulfikri Yasoa’ (2025) Rosnani binti Mohd Rosdi lwn Jazlan Annuar bin Abdul Jabbar (No. Kes: 05100-017-0410-2017). AL-TAQRIR: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan, 1(1), 7-14. https://doi.org/10.33102/altaqrir.1010.33102/altaqrir.10https://altaqrir.usim.edu.my/index.php/journal/article/view/10/11https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28804Non-Indexed PublicationHarta sepencarian dalam kes ini adalah sebuah rumah yang merupakan harta tak alih. Dalam menentukan berapakah bahagian yang layak diperolehi oleh pihak-pihak dalam kes ini, sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 122 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, takat sumbangan pihak-pihak dalam proses pemilikan harta tersebut atau kemajuan harta tersebut menjadi perkara asas yang dipertimbangkan dalam pengiraan bahagian yang wajar. Terdapat dua bentuk sumbangan iaitu sumbangan langsung dan sumbangan tidak langsung. Mahkamah mengambil pendekatan yang agak teliti dalam melihat takat sumbangan pihak-pihak. Pendekatan yang diambil bagi pengiraan sumbangan langsung dibuat dengan mengambil kira perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak-pihak. Dalam pengiraan takat sumbangan tidak langsung pula, keadaan isteri yang bekerja atau tidak bekerja turut menjadi pertimbangan. Selain itu, Mahkamah meneliti bagaimana tempoh perkahwinan turut mempengaruhi kaedah pengiraan dalam menentukan kadar sumbangan tidak langsung yang sesuai dan wajar kepada isteri.msHarta sepencariansumbangan langsung dan tidak langsungtempoh perkahwinanharta tak alihbudi bicara kehakiman Mahkamah SyariahDalam Mahkamah Tinggisyariahnegeri Sembilan Rosnani Binti Mohd Rosdilwnjazlan Annuar Bin Abdul Jabbar(No. Kes: 05100-017-0410-2017)text::journal::journal article71411