Zalika AdamWan Azura binti Wan Ahmad2024-05-312024-05-312022-12e-ISBN: 9789670001807https://pkausim.usim.edu.my/wp-content/uploads/2022/12/Prosiding-EA_2022.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18710E-Proceeding (Extended Abstract) SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli”/ Editor: Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali , Irwan Mohd Subri , Siti Rubaini Mat. 1 December 2022 I Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)Bahasa Arab merupakan syarat kemasukan ke Universiti Sains Islam Malaysia, memandangkan para pelajar yang memasuki Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terdiri daripada pelajar lepasan sekolah menengah agama sama ada melalui SPM, STAM, STPM, Diploma atau Matrikulasi. Mereka mengambil mata pelajaran bahasa Arab di semua peringkat tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai tahap kompetensi mereka setelah mempelajari bahasa Arab di peringkat sekolah menengah selama 5 atau 6 tahun. Hal ini adalah penting bagi memastikan tahap penguasaan pelajar berada pada tahap sederhana atau tinggi untuk memudahkan pembelajaran di peringkat universiti. Para pelajar di USIM perlu mengambil bahasa Arab tanpa mengira jurusan, contohnya, pelajar dalam jurusan Sains, akan mengambil subjek Bahasa Arab untuk Sains, pelajar dalam jurusan Sains Sosial seperti dalam bidang Ekonomi dan Kepimpinan perlu mengambil subjek Bahasa Arab untuk Sains Sosial. Kajian ini menggunakan kaedah temuduga yang melibatkan 5 orang responden terdiri daripada pelajar USIM yang pernah mengambil peperiksaan kelayakan Bahasa Arab. Hasil dapatan kajian dianalisa menggunakan perisian Atlast Ti. Dapatan kajian mendapati bahawa para pelajar kurang mempunyai perbendaharaan kata, kurang berkeyakinan ketika bertutur, masih mempunyai kelemahan dalam penggunaan kata nama dan kata kerja yang bersesuaian secara spontan, tambahan motivasi untuk berkomunikasi yang kian menurun.otherBahasa Arab, Tahap KompetensiTinjauan Tahap Kompetensi Bertutur Bahasa Arab Bagi Ujian Kemasukan Ke USIMArticle214218