Muhammad Najib Abd WakilAzman Ab RahmanAhmad Syukran Baharuddin2024-09-052024-09-052024-05-31Muhammad Najib Abd Wakil, Azman Ab Rahman dan Ahmad Syukran Baharuddin (2024). Pemerkasaan Institusi Masjid Sebagai Pusat Bantuan Ekonomi Lokal Di Malaysia: Empowering Mosque Institutions as Local Economic Aid Centers in Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 29(2), 115–126. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol29no2.58410.33102/jfatwa.vol29no2.584https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/584/521https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22337Journal of Fatwa Management and Research, Volume 29 Issue 2 Page (115–126)Masjid merupakan institusi penting dan sinonim dengan kehidupan Muslim. Masjid mempunyai peranan yang mapan dalam pembinaan sosial, agama dan termasuklah melestarikan ekonomi umat Islam. Namun begitu, peranan masjid dalam menjaga kemaslahatan ekonomi umat Islam sering dipolemikkan dari sudut bentuk serta peranan bantuan-bantuan tersebut terhadap ekonomi umat Islam. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji bentuk-bentuk bantuan ekonomi di sebahagian masjid di Malaysia. Kajian ini juga akan mengkaji impak-impak bantuan yang telah dikenal pasti serta kesannya kepada ekonomi umat Islam. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen di samping berlandaskan dapatan temu bual yang dijalankan bersama beberapa orang pihak berautoriti tempatan. Kajian ini mendapati bahawa institusi masjid di Malaysia ada mengaplikasikan beberapa mekanisme dalam membantu pertumbuhan ekonomi umat Islam seperti melalui zakat, wakaf dan pemberian-pemberian lain. Kajian ini dilihat mampu memberikan pencerahan kepada para pembaca, institusi masjid, institusi agama Islam negeri serta keseluruhan umat Islam akan kepentingan masjid dalam memacu dan membantu kebajikan ekonomi umat Islam di Malaysia. Kajian mencadangkan agar kuasa masjid diperluaskan dengan mengimplementasi model mini pengurusan zakat di masjid-masjid tempatan.msInstitusi MasjidPengurusan MasjidBantuan EkonomiLokalisasiPemerkasaan Institusi Masjid Sebagai Pusat Bantuan Ekonomi Lokal Di MalaysiaEmpowering Mosque Institutions as Local Economic Aid Centers in Malaysiajournal-article