Mashitah SulaimanMohd Nazir AhmadAnita Ismail2024-05-302024-05-302021-10-26e-ISSN:2821-3270https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2022/03/Final_E-proceeding-IC-DAIM2021_full.v1-compressed.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18022E-Proceedings Of The International Conference On Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2021) “Humane Leadership and Da’wah For Sustainable Future of Ummah” 26-27 October 2021 Organized by: Da’wah and Islamic Management Program, Faculty of Leadership and Management, USIMSeni bina rumah tradisional Melayu merupakan manifestasi ketinggian dan kehalusan seni dalam falsafah pemikiran kearifan tempatan yang sentiasa berkembang di bawah pengaruh tradisi, aktiviti sosio-budaya, dan perilaku masyarakat. Namun begitu, sekiranya tiada usaha untuk menghidupkannya semula, sudah pasti khazanah ini semakin dilupakan dan akan pupus ditelan zaman. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengkaji kearifan tempatan dalam warisan seni bina rumah tradisional masyarakat Melayu. Kajian juga meneliti falsafah dan pandangan semesta dalam seni bina Melayu tradisional yang dipengaruhi pelbagai faktor. Selain itu, kajian ini juga menganalisis struktur dan reka bentuk pembinaan rumah tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia dan fungsi ruang dalam seni bina rumah tradisional Melayu bersesuaian dengan objektif dan kedudukan sosial pemilik kediaman dalam mengekalkan warisan pembinaan rumah tradisional Melayu turut dianalisis. Kajian ini pada asasnya menggunakan pendekatan kaedah penyelidikan kualitatif. Data dikumpulkan melalui kajian perpustakaan dan temuramah bersama pakar seni bina rumah tradisional Melayu Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Melayu mempunyai falsafah seni bina tersendiri dalam membina rumah tradisional Melayu. Reka bentuk rumah tradisional di Semenanjung Malaysia juga telah mengalami perubahan yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya transformasi elemen budaya tempatan dan falsafah keislaman. Struktur dan fungsi ruang rumah tradisional Melayu sangat unik dan mempunyai banyak perbezaan antara satu negeri dengan negeri lain di Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menyumbang kepada ilmu pengetahuan dalam bidang warisan seni bina rumah tradisional Melayu dan kearifan tempatan yang semakin terpinggir dalam arus kemajuan dan pemodenan.otherKearifan tempatan, warisan, seni bina, rumah tradisional, masyarakat MelayuKearifan Tempatan Dalam Seni Bina Rumah Tradisional Melayu: Warisan Bernilai Yang DilupakanLocal Wisdom in the Traditional Malay House Architecture: The Forgotten Valuable HeritageArticle166219