Nurul Aqilah Binti JohanAhmad Fuad Bin Mohamad Amin2025-11-192025-11-192025Nurul Aqilah Johan , Ahmad Fuad Mohamad Amin. (2025). Strategi Pembelajaran Pelajar Pintar Berbakat Dengan ADHD. Insan Junior Researcher International Conference & Innovation (IJURECON) 2025, 490–497. https://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EfVkn9zP4m9HniZRvI2XhQMBlU12RcfdxRZHlzdrKyiznQ?e=syZY7bhttps://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EfVkn9zP4m9HniZRvI2XhQMBlU12RcfdxRZHlzdrKyiznQ?e=syZY7bhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28010Insan Junior Researcher International Conference & Innovation (iJURECON) 2025 : “STREAM for a Better Future/ editor : Ahmad Fuad Mohamad Amin, Nurul Shazwani Binti Mohamed, Rossidi Bin Usop, Abdel Rahman Ibrahim Suleiman Islieh Organised by Kolej PERMATA Insan 10-11 October 2025Kajian ini dijalankan untuk meneroka secara mendalam strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar pintar berbakat dengan Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD), memandangkan golongan ini mempunyai gabungan unik antara potensi akademik yang tinggi dengan cabaran dalam mengekalkan fokus, mengawal impuls, dan menstrukturkan proses pembelajaran mereka. ADHD secara global dianggarkan dialami oleh 5–7% kanak-kanak, manakala kadar di Malaysia berada antara 1.6 hingga 4.6 peratus, dan isu ini semakin mendapat perhatian kerana ia memberi kesan langsung terhadap pencapaian akademik, perkembangan sosial, serta kesejahteraan psikologi individu. Namun begitu, pelajar berbakat dengan ADHD (sering digelar twice-exceptional atau 2e) masih kurang diberi perhatian dalam konteks strategi pembelajaran, sedangkan mereka memerlukan pendekatan yang berbeza daripada pelajar berbakat biasa mahupun pelajar ADHD semata-mata. Tujuan khusus kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran dominan berdasarkan model VARK, mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi pelajar gifted ADHD, serta menganalisis strategi yang mereka gunakan untuk meningkatkan fokus, motivasi, dan pencapaian akademik, di samping menilai potensi aplikasi strategi tersebut kepada pelajar ADHD secara umum. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dengan reka bentuk penerokaan, melibatkan persampelan bertujuan terhadap dua orang pelajar menengah yang masing-masing mempunyai latar belakang gifted ADHD atau simptom serupa. Data dikumpulkan melalui kajian literatur dan temu bual tidak formal menggunakan platform chat, manakala analisis data dijalankan menggunakan analisis tematik dengan pengekodan dan pembentukan tema utama yang kemudiannya dibandingkan dengan kajian lepas. Dapatan menunjukkan bahawa strategi peribadi memainkan peranan penting dalam mengatasi cabaran, di mana pelajar lelaki lebih menekankan motivasi dalaman melalui ingatan terhadap ibu bapa sebagai pemacu, manakala pelajar perempuan lebih bergantung kepada strategi praktikal seperti duduk di bahagian hadapan kelas dan mendapatkan rehat yang mencukupi. Analisis keseluruhan mendapati bahawa kedua-dua pelajar ini menekankan kesedaran kendiri, minat peribadi, serta gabungan strategi motivasi dan organisasi sebagai asas keberkesanan pembelajaran. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa strategi yang digunakan oleh pelajar gifted ADHD bukan sahaja boleh membantu meningkatkan fokus dan daya tahan akademik golongan tersebut, malah berpotensi untuk dijadikan panduan sokongan kepada pelajar ADHD secara umum melalui penyesuaian strategi motivasi, pengurusan rutin, dan intervensi berasaskan minat kendiri. Kajian ini juga memberikan sumbangan kepada literatur pendidikan dengan membuka ruang kepada penyelidikan lanjutan mengenai peranan faktor individu dan persekitaran dalam membentuk strategi pembelajaran berkesan bagi kelompok pelajar twice-exceptional.msADHDPelajar berbakatStrategi pembelajaranSokongan PendidikanStrategi Pembelajaran Pelajar Pintar Berbakat Dengan ADHDtext::conference output::conference proceedings::conference paper490497