Nik Zulaikha binti ZulkifliNur Fatin Aliah binti NordinNurul Husna Amani binti Mohd AbduhMaisarah Saidin2024-06-162024-06-1620232024-1-3Nik Zulaikha Zulkifli, Nur Fatin Aliah Nordin, Nurul Husna Amani Mohd Abduh, & Maisarah Saidin. (2023). Gerakan Anti-hadis di Media Elektronik: Kassim Ahmad. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari (JOIRC) , 6(11), 42–50. https://doi.org/10.55573/JOIRC.061104https://joirc.com/PDF/JOIRC-2023-11-09-04.pdf2637-094810.55573/JOIRC.061104https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/19440Jurnal Penyelidikan Islam dan Kontemporari (JOIRC) Volume: 6 Issues: 11 [September, 2023] pp. 42 - 50]Golongan anti hadis bukanlah suatu yang asing dalam Islam, bahkan gerakannya telah mula bertapak sejak awal permulaan perkembangan Islam lagi. Di Malaysia, gerakan anti hadis dipelopori oleh Kassim Ahmad. Pemikiran beliau sedikit sebanyak telah mempengaruhi orang ramai seterusnya menyebabkan kesalahfahaman dan menimbulkan kekeliruan masyarakat awam terhadap as-Sunnah. Kassim Ahmad juga dilihat sebagai antara perintis terhadap golongan di Malaysia yang memulakan kritikan terhadap hadis. Pemikirannya boleh menyebabkan masyarakat yang mengikutinya terpesong dari memahami maksud hadis yang sebenar. Hal ini kerana, dibimbangi masyarakat hanya mendapat maklumat mengenai hadis dari beliau tanpa merujuk ahli agama dan hanya menggunakan logik akal semata untuk memahami sesuatu hadis. Selain itu, buku-buku beliau juga turut mendapat perhatian sehingga ke peringkat antarabangsa, yang juga diterjemahkan ke dalam bahasa asing. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kandungan permasalahanpermasalahan berkaitan agama yang dimuat naik oleh Kassim Ahmad dalam blognya. Disamping itu, kajian ini juga akan mengenapasti aliran pemikiran dan pemahaman Kassim Ahmad ke atas hadis Rasulullah SAW serta menganalisis kritikan para pengkaji ke atas penulisan beliau. Kaedah yang kami gunakan untuk mengkaji pemikiran Kassim Ahmad dan pemikiran anti hadisnya adalah melalui kaedah penyelidikan kualitatif. Kajian ini akan menggunakan kaedah analisis teks bersumberkan kajian kepustakaan seperti jurnal dan artikel yang lepas, blog, tesis, disertasi dan sebagainya. Hasil kajian ini mendapati bahawa pandangan pemikiran yang dibawakan oleh Kassim Ahmad bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Justeru itu, diharapkan penulisan ini dapat menyedarkan masyarakat tentang bahaya golongan ini yang sentiasa memanfaatkan media elektronik bagi tujuan menyebarkan pemikiran dan ajarannya yang terpesongmsKassim AhmadGerakan Anti-HadisMedia ElektronikGerakan Anti-hadis di Media Elektronik: Kassim AhmadAnti-Hadith Movement in Electronic Media: Kassim Ahmadtext::journal::journal article::research article8597611 (Sept)