Ros Aiza Mohd MokhtarAbd Hakim Mohad2024-05-272024-05-2720172289-8042http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_005_rosaiza.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3368Hijrah merupakan prinsip falsafah dan sosial yang penting kepada pembinaan sesebuah peradaban. Hal ini kerana hijrah merupakan faktor yang mempengaruhi perjalanan sejarah sesuatu masyarakat. Sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakan tamadun dunia bermula dari Sumeria hinggalah tamadun Barat diasaskan melalui hijrah. Seseorang yang berada dalam lingkungan tempat tinggalnya, boleh menjadi statik atau tidak berkembang dengan pesat. Dalam erti kata lain, hijrah merupakan gerakan dan loncatan besar manusia dalam membangunkan peradaban dan masyarakat mereka. Hal ini juga berlaku pada masyarakat Kedayan. Masyarakat tersebut asalnya tidak dikenali sebagai Kedayan. Pandangan yang paling kuat mengatakan mereka dipercayai berasal dari Tanah Jawa dan dikenali sebagai Kedayan setelah dibawa berhijrah ke Brunei dan seterusnya mereka berhijrah pula ke Labuan, Sabah dan Sarawak. Makalah ini menyorot dinamika hijrah yang mempengaruhi perkembangan sosial masyarakat Kedayan. Kajian mendapati, penghijrahan masyarakat tersebut telah menyumbang kepada pelbagai perkembangan positif terhadap masyarakat tersebut termasuklah pembentukan sebuah etnik yang memiliki identiti dan budaya tersendiri.en-USbudaya, hijrah, KedayanDinamika Hijrah Masyarakat KedayanArticle4456Special Issue