Mohd Rumaizuddin Ghazali2024-05-292024-05-2920172232-1047http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/38https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13550Artikel ini membincangkan secara ringkas biografi Taha Jabir al-Alwani dan adab perbezaan pendapat dalam karyanya Adab al-Ikhtilaf fi al-Islam. Beliau telah menyoroti adab perbezaan pendapat pada zaman nabi, zaman para sahabat dan imam mazhab sehingga zaman kini. Perbezaan pendapat dalam bidang cabangan fikah (furu') adalah perkara tabi'i disebabkan faktor bahasa, sebab periwayatan hadis dan kaedah usul. Perbezaan dalam perkara cabangan fikah sebagai rahmat dan kelapangan bagi umat ini serta kekayaan dalam proses pengambilan hukum. Beliau turut menggariskan jalan penyelesaian umat Islam dalam menghadapi krisis kehilangan adab ini dengan melatih para belia dengan ilmu syariat dan moden, mengukuhkan institusi pendidikan yang berteraskan pengislaman ilmu dan membentuk pemikiran Islam yang tulen.adab perbezaan pendapatadab berdialogpemikiran Islam dan pengislaman ilmuAdab Perbezaan Pendapat dalam Islam Menurut Taha Jabir Al-Alwani (1935-2016)Article395991