Syed Salim Syed ShamsuddinMuhammad Farid Wajdi Ab. RahimAbdul Karim PardonMohd Faisal Mohamed2024-05-312024-05-312020-10-15https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/184443 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020) COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION Date: 15 October 2020 Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) & Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)Dalam memahami ilmu fiqh, di samping teks-teks Arab teks-teks turath Jawi digunapakai secara meluas sejak awal kedatangan Islam di Nusantara yang memberi impak yang besar terhadap bidang keilmuan dan pengamalan agama Islam penduduk Melayu. Di antara teks utama yang digunapakai di Malaysia ialah kitab Hidayat al-Sibyan fi Ma‘rifat al-Islam wa al-Iman karya Abu Abdullah Husein bin Muhammad Nasir bin Muhammad Thayyib al-Mas‘udi al-Banjari. Artikel ini meninjau serta menjelaskan secara ringkas bagaimana kitab turath fiqh Jawi memainkan peranan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran ilmu fardu ain kepada masyarakat Melayu di Malaysia. Seterusnya, artikel ini menganalisa metodologi penulisan kitab Hidayat al-Sibyan fi Ma‘rifat al-Islam wa al-Iman dan pendekatan yang digunapakai oleh pengarang. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif melalui analisis dokumen terhadap teks-teks fiqh Jawi turath dan penulisan yang berkaitan serta analisis terhadap kitab Hidayat al-Sibyan secara khusus. Dapatan penulisan ini menunjukkan karya-karya turath fiqh Syafie Jawi telah memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk keilmuan fiqh masyarakat Melayu zaman berzaman khususnya dalam bidang fardu ain. Kitab Hidayat al-Sibyan ialah antara kitab terpenting dan masyhur dalam pendidikan fardu ain berkaitan ibadat. Gaya penyampaiannya yang mudah tetapi lengkap telah menarik perhatian para ulama tempatan untuk menjadikannya di antara teks asas bagi golongan awam mempelajari dan mengamalkan syariat Islam.otherKitab Jawi, fiqh ibadat, turath islami, Tuan Husein KedahKitab Turath Fiqh Syafie Jawi Sebagai Medium Penyampaian Ilmu Fardu Ain Di Malaysia: Analisis Metodologi Penulisan Kitab Hidayat Al-Sibyan Fi Ma‘Rifat Al-Islam Wa Al-ImanArticle752744