Mohammad Dhiya’ul Hafidh Fatah YasinMuhammad Ihsan IdrisKu Mohd Syarbaini Ku YaacobMuhammad Muthi’ul Haqq Fatah YasinMohammad Roshimi Abdullah2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16930PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaTafsir Pimpinan al-Rahman oleh Abdullah Basmeih merupakan antara tafsir terawal dalam kalangan penutur Bahasa Melayu dan digunakan secara meluas di Malaysia serta dicetak berulang kali oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Pelbagai kajian dijalankan terhadap kitab tafsir ini sama ada dari sudut metodologi atau kandungan. Kajian ini bertujuan menjelaskan etika penetapan metodologi tafsir melalui penilaian semula terhadap Skripsi Metode Basmeih Dalam Menafsirkan Ayat Dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman. Dalam kajian ini, para pengkaji memfokuskan kepada surah al-Mu‘awwizāt untuk menilai semula kesahihan dakwaan penulis tentang penggunaan metodologi tafsir bi al-Ma’thūr oleh Abdullah Basmeih. Metodolgi kajian yang digunakan ialah metode kualitatif. Kaedah penilitian data pula menggunakan kaedah komparatif. Data diambil daripada kitab-kitab al-Tafsir bi al-Ma’thūr, Ulum al-Quran dan kitab-kitab hadis. Hasil kajian mendapati dakwaan penggunaan metodologi tafsir bi al-Ma’thūr oleh Abdullah Basmeih tidak berpandukan etika yang betul. Kesimpulannya, Abdullah Basmeih tidak menggunakan metodologi tafsir bi al-Ma’thūr dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman semata-mata, sebaliknya lebih cenderung kepada kaedah al-tafsir al-Lughawi dan satu kajian khusus perlu dijalankan untuk mengenal pasti nisbah penggunaan metodologi tafsir bi al-Ma’thūr dan tafsir al-Lughawī dalam karya tersebut secara keseluruhan.otherAbdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan al-Rahman, al-Tafsīr bi al-Ma’thūr, Metodologi Tafsir, Etika.Etika Penetapan Metodologi Tafsir: Kritikan Terhadap Skripsi Metode Basmeih Dalam Menafsirkan Ayat Dalam Tafsir Pimpinan Al-RahmanArticle739751