Hanis Aqilah Binti Aman ShahHannan Afifah Binti Mohd NorNurul Asyiqin Binti ZainalSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17571E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023TikTok adalah sebuah aplikasi pembuatan video yang berdurasi pendek diiringi dengan pelbagai muzik yang menarik dan sangat disukai oleh masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja. Walaupun begitu, terdapat kesan positif dan negatif yang dapat diperolehi dalam kandungan video dengan kehidupan sosial remaja pada masa kini. Gaya kehidupan remaja akan berubah bergantung dengan kebijaksanaannya dalam menggunakan aplikasi tiktok sama ada diambil dari kegiatan-kegiatan positif atau sebaliknya yang boleh menyebabkan terpesong dari syariat Islam yang sebenar. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui seberapa besar pengaruh aplikasi TikTok terhadap kehidupan sosial remaja pada masa kini menurut perspektif Islam. Jenis kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dalam kaedah pemerhatian dan perpustakaan untuk mendapatkan data yang valid dan mendalam mengenai permasalahan di dalam kajian ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi TikTok terhadap kehidupan sosial masyarakat pada masa kini terlalu besar dan luas sekali, terutama sekali golongan remaja. Kesimpulannya, aplikasi TikTok dapat mempengaruhi kehidupan sosial remaja sehingga menyebabkan ketagihan dan ikutan sama ada ia membawa kepada perkara yang baik ataupun yang buruk. Oleh itu, aplikasi TikTok perlu digunakan dengan sebaiknya iaitu mengelakkan daripada menyalahgunakannya ke arah perkara yang tidak berfaedah. Jadi, perkara ini perlu diambil perhatian terutamanya oleh ibu bapa supaya memantau tingkah laku anak-anak dan meneliti sumber yang mempengaruhi kehidupan sosial anak-anak.otherPengaruh, TikTok, Remaja, IslamPengaruh Aplikasi Tiktok terhadap Kehidupan Sosial Remaja menurut Perspektif IslamArticle7437532