Wan Abdul Fattah Wan IsmailAhmad Syukran BaharuddinLukman Abdul MutalibHasnizam HashimZulfaqar MamatNorma JusofMohamadAniq Aiman Alias2024-09-052024-09-0520242024-8-31Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Ahmad Syukran Baharuddin, Lukman Abdul Mutalib, Hasnizam Hashim, Zulfaqar Mamat, Norma Jusof & MohamadAniq Aiman Alias (2024). Kedudukan Sumpah Nafyi Al-ʻilmi Dalam Undang-Undang Keterangan Islam Dan Praktisnya Di Mahkamah Syariah : The Position Of The Oath Of Nafyi Al-`Ilmi In The Islamic Law Of Evidence And Its Practice In The Shariah Court. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 33(4), 11–19. Retrieved from https://al-qanatir.com/aq/article/view/9342289-9944https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22511https://al-qanatir.com/aq/article/view/934/606Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, Volume 33 Issue 4 Page (11–19)Sumpah merupakan kaedah pembuktian yang tidak asing lagi sama ada bagi kes pensabitan atau penafian sesuatu dakwaan. Status sumpah dianggap kaedah pembuktian yang lemah kerana ia hanya dilaksanakan setelah ketiadaan bukti-bukti lain atau sekadar menambahkan keyakinan hakim dalam membuat keputusan. Namun begitu, sebenarnya terdapat banyak kes di Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia yang telah diputuskan berdasarkan sumpah pihak-pihak. Walaupun begitu, jika dibandingkan dengan kaedah pembuktian lain, sumpah dilihat sangat unik kerana setiap kategori mengandungi pecahan-pecahan tersendiri. Dalam kajian ini, penyelidik akan menjelaskan berkaitan konsep sumpah secara umum, sumpah yamin Nafyi al-ʻIlmi dan amalannya di Mahkamah Syariah Malaysia dan pembahagian sumpah serta kedudukan sumpah Nafsi al-‘Ilmi dalam undang-undang keterangan Islam. Bagi mencapai objektif tersebut, penyelidik telah menggunakan kaedah kualitatif dengan mengumpulkan data daripada sumber primer dan sumber sekunder yang kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peruntukan di dalam Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 561] adalah kurang mencukupi, sehingga memerlukan satu huraian lain yang dikenali sebagai Arahan Amalan Sumpah Mahkamah Syariah 2006 bagi memastikan kaedah perlaksanaannya dapat diselaraskan. Selain itu, kaedah pembuktian secara sumpah yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua iaitu; "sumpah kaedah pembuktian atau ‘al-tawthiq” dan “sumpah sekadar pengukuhan atau al-ihtiath” dan di sampingnya telah terdapat bukti-bukti yang lain. Di antara sumpah yang kurang disebut dalam kitab-kitab fiqh namun banyak dipraktikkan di Mahkamah Syariah adalah "sumpahNafyi al-ʻIlmi". Kajian merumuskan bahawa, sumpah merupakan satu kaedah pembuktian yang penting dalam undang-undang keterangan Islam, terutamanya dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia. Walaupun dianggap lemah jika dibandingkan dengan kaedah pembuktian lain, sumpah memainkan peranan penting dalam melengkapkan bukti dan meyakinkan hakim. Sumpah Nafyi al-ʻIlmi, Walaupun kurang dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh, telah terbukti ia banyak dipraktikkan dan relevan dalam konteks pembuktian di Mahkamah Syariah.msSumpahYaminNafyi Al-ʻIlmiPembuktianKeteranganKedudukan Sumpah Nafyi Al-ʻilmi Dalam Undang-undang Keterangan Islam Dan Praktisnya Di Mahkamah SyariahThe Position Of The Oath Of Nafyi Al-`Ilmi In The Islamic Law Of Evidence And Its Practice In The Shariah Courttext::journal::journal article::research article1119334