Adi Wira Mohd ZinNelfianty Mohd Rasyid2024-05-312024-05-312022e-ISBN : 9789670001746188196https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18314E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta IndonesiaObesiti secara umumnya membawa maksud seseorang individu memiliki berat badan berlebihan di mana indeks jisim tubuh (BMI) di atas 30 di mana kondisi tersebut akan menjurus kepada penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti darah tinggi, kencing manis (jenis 2), penyakit jantung, kanser, gout, insomia dan beberapa lagi penyakit tidak berjangkit. Malaysia merupakan negara yang mencatatkan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara di mana 30.3 peratus orang dewasa mengalami berat badan berlebihan manakala 17.7 peratus mengalami masalah obesiti. Selain mendapatkan rawatan profesional di klinik atau hospital bagi individu obes, antara pilihan terbaik adalah melakukan pergerakan fizikal aktif seperti melakukan senaman, yakni aktiviti fizikal yang dirancang, bersistematik, dilakukan secara berulangan dan mempunyai matlamat iaitu meningkatkan atau mengekalkan kecergasan fizikal. Pelbagai manfaat boleh didapati melalui senaman seperti mengawal indeks jisim badan (BMI), lemak berlebihan, dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik disamping mampu mengawal 40 jenis penyakit kronik. Individu Muslim haruslah mempunyai kesihatan yang baik agar dapat melakukan amal ibadat dengan lebih baik dan khusyuk. Sebagaimana Allah SWT berfirman di dalam surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud; Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang elok setiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Di dalam kajian ini, beberapa sorotan literatur akan digunakan untuk melihat peranan senaman dalam menangani masalah obesiti di kalangan Muslim untuk melancarkan urusan ibadat harian dan beberapa saranan senaman bagi membolehkan individu Muslim melakukan ibadat tanpa rasa sakit mahupun membebankan.otherSenaman; obesiti; penyakit tidak berjangkit (NCDs); Muslim; ibadat harianPeranan Bersenam Dalam Menangani Masalah Obesiti di Kalangan Muslim Bagi Melancarkan Urusan Ibadat HarianArticle