Ismail, A.A.IsmailAsni, F.F.Asni2024-05-292024-05-292018Ismail, A., & Asni, F. (2018). Manhaj Penulisan Al-Tirmidhī Terhadap Ḥadīth-Hadith Abwāb Al-Tafsīr Dalam Kitab Al-Jāmi’. Journal Of Hadith Studies, 3(2). https://doi.org/10.33102/johs.v3i2.502550-144810.33102/johs.v3i2.50http://journalofhadith.usim.edu.my/index.php/johs/article/view/50https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13958Al-Tirmidhī merupakan ulama salaf yang menulis karya ḥadīth yang amat berautoriti yang digelar sebagai al-Jāmi’. Ia merupakan antara karya hadīth yang paling berautoriti dan lengkap dalam senarai enam kitab-kitab ḥadīth (kutub al-sittah). Sebelum terdapatnya kitab tafsir al-Quran seperti kitab tafsir al-Tabari, umat Islam merujuk tafsir al-Quran kepada ḥadīth-ḥadīth yang mentafsirkan al-Quran dalam kitab-kitab ḥadīth seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan Jami’ al-Tirmidhi kerana ḥadīth merupakan pentafsir utama al-Quran. Walau bagaimanapun, para ulama ḥadīth berbeza metodologi dalam penulisan dan menghimpunkan ḥadīth-ḥadīth terutama melibatkan ḥadīth-ḥadīth yang mentafsirkan al-Quran seperti al-Tirmidhi memasukkan ḥadīth ḍa’īf di samping dinyatakan status ḥadīth dan alasan kedaifan tersebut. Di samping itu, masih belum terdapat kajian yang menyenaraikan mengenai metodologi penulisan al-Tirmidhi terhadap ḥadīth-ḥadīth dalam abwab al-tafsir dalam kitab al-jami’ yang merupakan bab yang terbesar iaitu mengumpulkan sebanyak 420 bilangan ḥadīth. Justeru, kajian ini adalah untuk mengkaji manhaj penulisan al-tirmidhi terhadap ḥadīth-ḥadīth abwāb al-tafsir dalam kitab al-Jāmi’. Metodologi kajian ini menggunakan dua pendekatan iaitu metodologi pengumpulan data di mana pengkaji akan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Manakala metodologi analisis data pula menggunakan kaedah deduktif dan induktif. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat 12 manhaj penulisan al-Tirmidhi melibatkan ḥadīth-ḥadīth dalam Abwāb al-Tafsīr.Abwab al-Tafsiral-TirmidhiJami 'al-TirmidhiHadithManhajManhaj Penulisan Al-Tirmidhi Terhadap Hadith-Hadith Abwab Al-Tafsir Dalam Kitab Al-JamiArticle345232