Nurhanis Husna Bt LokmanRos Aiza Binti Mohd Mokhtar2024-05-312024-05-312022e-ISBN : 9789670001746https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18287E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta IndonesiaPerkahwinan merupakan perkara asas yang harus dilakukan seseorang dengan persetujuan antara dua pihak sebagai langkah pertama dalam membentuk institusi keluarga. Setiap agama juga menganggap perkahwinan sebagai satu ikatan antara lelaki dan perempuan yang suci dan agung dalam kehidupan manusia. Perkahwinan sejenis pula merupakan perkahwinan dari pasangan yang sama jenis kelaminnya melalui sebuah acara keagamaan. Di Barat, khususnya di beberapa buah negara majoriti penganut Kristian, perkahwinan sejenis bukanlah perkara yang baharu malah fenomena lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kini menjadi satu fenomena yang semakin hari semakin diterima masyarakat sebagai satu kehidupan sosial. Fenomena ini telah berkembang di seluruh dunia dan menjadi suatu amalan termasuk di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetahui adakah agama Kristian memandang perkahwinan sejenis itu sebagai suatu ikatan yang suci dan dibolehkan dalam agama mereka memandangkan beberapa buah negara di Barat telah membenarkan perkahwinan sejenis ini. Selanjutnya, kajian ini akan mengupas pandangan Islam ke atas perkahwinan sejenis. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan bagi pengumpulan data. Seterusnya, data dianalisis secara deskriptif interpretif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pada dasarnya, kedua-dua ajaran agama Kristian dan Islam tidak membenarkan perkahwinan sejenis. Walau bagaimanapun, terdapat pandangan minoriti sarjana Kristian yang tidak menghalang perkahwinan sejenis. Kajian ini penting dalam merungkai permasalahan LGBT daripada akar umbi iaitu pegangan agama yang dianuti pengamal LGBT sendiri.otherPerkahwinan sejenis; LGBT; Kristian; IslamPerkahwinan Sejenis Menurut Perspektif Kristian dan IslamArticle309315