Khairul Anuar MohamadEldeib EldeibMohd Zaini ZakariaMohd Hasbie Al-Shiddieque Ahmad2026-01-222026-01-222025Khairul Anuar Mohamad,Amir Adel Mabrouk Eldeib, Mohd ZainiZakaria, Mohd Hasbie Al-Shiddieque Ahmad. (2025). Metodologi penulisan Syeikh Syihabuddin Ahmad Ibn Ahmad Ibn Badruddin Al-Thibiy dalam karyanya Al-Mufid Fi Al-Tajwid. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 492–501. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/38470128-1755Metodologi penulisan Syeikh Syihabuddin Ahmad Ibn Ahmad Ibn Badruddin Al-Thibiy dalam karyanya Al-Mufid Fi Al-Tajwidhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28571Tier 3 (Indexed in MyCite )Kajian tentang perkembangan ilmu Tajwid dari sudut penulisan tidak banyak dibuat kajian yang mendalam. Jika diteliti penulisan ilmu Tajwid, ia bermula dengan Imam Khaqani (325H) dan selepasnya penulisan dalam disiplin ilmu ini mula berkembang. Walaupun Imam Ibn al-Jazari dengan karyanya muqadimah al-Jazariyyah boleh dikatakan pelengkap kepada perbahasan imu Tajwid namun masih terdapat ulamak yang menulis dan menyusun dalam bentuk rangkap syair. Antara mereka ialah Syeikh Ahmad Ibn Ahmad Ibn Badruddin al-Thibiy. Beliau dilahirkan pada tahun 910 Hijrah dan meninggal dunia pada 979 Hijrah. Objektif kajian ini Adalah untuk melihat metodologi penulisan yang dikemukan oleh Imam al-Tibiy dalam karyanya al-Mufid Fi al-Tajwid. Selain itu ia juga menyoroti sejarah hidup Imam al-Thibiy yang merupakan seorang tokoh ulamak yang disegani pada zamannya. Kajian ini menggunakan metode kepustakaan. Maklumat berkaitan matan al-Mufid diteliti melalui kitab yang dikarang oleh Syeikh Taufiq Dhamrah. Hasil kajian mendapati Matan al-Mufid mengandungi semua bab utama dalam ilmu Tajwid termasuk nun Sakinah, mim Sakinah dan hukum hakam waqaf. Namun begitu dalam sifat huruf, perbahasan yang dikemukakan ialah sifat Qalqalah Sahaja. Matan al-Mufid fi Tajwid mempunyai beberapa kelebihan termasuk masih terdapat sanad matan al-Mufid ini yang sampai kepada penulisnya Syeikh Shihabuddin al-Thibiy.msMatan al-Mufidal-ThibiyTajwidMetodologi penulisan Syeikh Syihabuddin Ahmad Ibn Ahmad Ibn Badruddin Al-Thibiy dalam karyanya Al-Mufid Fi Al-TajwidThe Writing Methodology Of Shaykh Shihabuddin Ahmad Ibn Ahmad Ibn Badruddin Al-Thibiy In His Work Al-Mufid Fial-Tajwidtext::journal::journal article4925011079