Umar Abd RashidMohammad Azizul KhiriZidny Zammi Fadhel Firdaus2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17574E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Al-Quran dan hadis merupakan sumber ambilan bagi ilmu-ilmu syar’iyyah islamiyyah, tidak terkecuali ilmu bahasa Arab. Bagi penggunaan al-Quran sebagai hujah, tiada masalah namun para ulama mu’asirin telah menetapkan beberapa syarat bagi penggunaan hadis. Terdapat beberapa kajian lalu yang membahaskan berkenaan dengan kitab Syarh Qathrun Nada wa Bal al-Sada karangan Ibn Hisyam al-Anshari namun tidak menyeluruh. Penggunaan ayat al-Quran dan hadis sebagai shahid (penguat) yang digunakan oleh Ibn Hisyam dalam kitabnya dijadikan fokus utama kerana ilmu nahu bukan sahaja berkisar pada kaedah semata-mata tetapi hujah bagi kaedah tersebut perlu kepada sumber yang tepat agar dapat memahami ilmu nahu dengan lebih baik dan terperinci. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah perolehan data menggunakan analisis kandungan terhadap karya Syarh Qathrun Nada wa Bal al-Sada tersebut. Dapatan kajian menunjukkan Ibn Hisyam telah menggunakan sebanyak 404 ayat al-Quran dan 17 buah ḥadis sebagai sumber dalam kaedah nahu Arab. Justeru, ilmu nahu sememangnya sarat dengan dalil al-Quran dan hadis sebagai shahid.otherIlmu Nahu, Syarh Qathrun Nada wa Bal al-Sada, al-Quran, HadisPenggunaan Ayat Al-Quran dan Hadis: Analisis Terhadap Kitab Syarah Qathrun NadaArticle7847933