Ahmad, S.S.AhmadMohd Jani, S. H.ES. H.EMohd Jani2024-05-292024-05-2920071823-075Xhttp://jmifr.usim.edu.my/index.php/jmifr/article/view/71https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14527Semasa negara Islam menghadapi krisis ekonomi pada 1977 telah dicadangkan supaya negara Islam kembali kepada Dinar Emas. Cadangan ini membawa dua isu penting iaitu mekanisma perlaksanaan dinar emas dan keserasian penyatuan matawang dikalangan negara Islam. Persoalan mekanisma perlaksanaan telah dibincangkan tetapi persoalan yang lebih kritikal untuk diselidiki ini sejauh mana keserasian dan kesesuaian penyatuan matawang dikalangan negara Islam? Adakah semua negara Islam mendapat manfaat? Kertas kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana keserasian dan kesesuaian peyatuan matawang dikalangan negara Islam yang dengannya dapat dinilai sama ada negara Islam berpotensi untuk menggunakan hanya satu matawang. Sebagai penilaian awalan, kajian dilakukan keatas tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Pakistan. Data digunakan adalah bagi tahun 1968-2003 dan dianalisis berdasarkan model VAR. Dapatan kajian menunjukkan Malaysia dan Indonesia mempunyai keserasian untuk melakukan penyatuan matawang, tetapi sebaliknya pula bagi Malaysia dan Pakistan. Indonesia dan Pakistan pula menunjukkan kesesuaian yang rendah. Kajian ini menyimpulkan bahaw sekiranya pertimbangan tiga negara sudah menunjukkan unsur ketidakserasian maka penggunaan satu matawang dikalangan negara Islam secara keseluruhan tidak mungkin dapat dilakukan. Mengharapkan ia menjadi keyataan adalah umpama mimpi yang sukar menjadi kenyataan. lantaran itu negara Islam kini didapati tidak lagi ghairah untuk melaksanakan dinar emas.ms-USDinar emasPenyatuan matawangOCAKegawatan ekonomiModel VARPenggunaan Dinar Emas Dikalangan Negara Islam: Mimpi atau KenyataanArticle16118041