Yusof @ Salleh, M. Y.M. Y.Yusof @ SallehRamli, M. A.M. A.Ramli2024-05-292024-05-2920202232-1047https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/303https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13870Setiap masyarakat punyai adat dan tradisi. Adat dan tradisi diwarnai oleh golongan cerdik pandai dalam masyarakat. Adat dan tradisi pada dasarnya ialah sesuatu kebiasaan yang dipraktikkan secara meluas dalam masyarakat. Ia menjadi pedoman dan rujukan dalam kehidupan seharian masyarakat lingkungan. Dalam amalan adat dan tradisi, terkandung unsur kearifan tempatan hasil corak pemikiran yang dicerakinkan daripada gabungan keilmuan dan pengamalan generasi terdahulu. Kearifan tempatan adalah serangkaian maklumat, petunjuk, dan kebijaksanaan yang diwariskan daripada generasi ke generasi sebagai satu strategi kehidupan yang melambangkan kemajuan pemikiran dan keilmuan dalam masyarakat. Dalam teori Usul fiqh, perbincangan berkaitan adat dan tradisi adalah termasuk dalam perbincangan Uruf. Uruf adalah sekumpulan adat dan tradisi yang dipraktikkan, diketahui dan diiktiraf oleh syara’. Kearifan tempatan adalah produk keintelektualan hasil daripada gabungan amalan adat, tradisi dan panduan daripada wahyu. Gabungan ini menghasilkan kearifan tempatan yang mencorakkan uruf sahih dan uruf fasid. Uruf sahih adalah uruf yang diterima, manakala uruf fasid adalah uruf yang ditolak daripada Islam. Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokuskan kedudukan kearifan tempatan daripada perspektif uruf dan syarat-syarat pengambilkiraan kearifan tempatan dalam uruf yang diterima oleh syara’. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini mengaplikasi kajian kepustakaan sepenuhnya dengan merujuk kepada literatur berkaitan kearifan tempatan dan uruf. Data kualitatif yang dikumpulkan akan dianalisis kandungannya secara deduktif bagi merumuskan kedudukan kearifan tempatan daripada perspektif uruf. Hasil dapatan kajian ialah menunjukkan kearifan tempatan yang berasaskan uruf sahih diterima dan sebaliknya, kearifan tempatan yang berasaskan uruf fasid adalah tidak diterima dalam penfatwaan hukum syara’otherKearifan tempatan, pengetahuan tasit, pengetahuan tempatan, adat, hukum Islam, adat kematianKearifan Tempatan dalam Adat Kematian Masyarakat Melayu dari perspektif UrufArticle2137Vol.21 No.1Julai