Fatin Husna ZaidiNoornajihan Ja‘afarMuhammad Lukman Ibrahim2025-12-182025-12-182025Fatin Husna Zaidi, Noornajihan Jaafar, Muhammad Lukman Ibrahim. (2025). Kesan Penggunaan Inventori Hafal Quran Mudah & Cepat (Haqat) Terhadap Motivasi Hafazan Al-Quran dalam Kalangan Murid Tahfiz Mubtadi’ (Permulaan). International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 535–553. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28297International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Motivasi merupakan antara faktor utama dalam menjamin kelangsungan serta keberkesanan hafazan al-Quran dalam kalangan huffaz khususnya murid tahfiz di peringkat permulaan. Namun, salah satu permasalahan yang sering dikenal pasti ialah tahap motivasi yang rendah sama ada ketika menghafaz ayat baharu mahupun dalam mengekalkan hafazan sedia ada. Situasi ini memberi kesan terhadap disiplin hafazan dan tahap kesungguhan murid untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Justeru, artikel ini bertujuan menganalisis kesan penggunaan bahan bantu hafazan (BBH) Inventori HAQAT terhadap motivasi murid tahfiz mubtadi’ dalam proses hafazan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan berasaskan Model Kemmis & McTaggart (1988) yang dilaksanakan dalam dua gelungan kajian. Sampel kajian melibatkan lapan orang murid di sebuah institusi tahfiz swasta melalui kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpul melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis hasil kerja murid sebelum ditriangulasi bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan Inventori HAQAT memberi kesan positif terhadap motivasi murid melalui peningkatan minat, kesungguhan, serta menimbulkan keseronokan dalam melaksanakan hafazan. Implikasi kajian menunjukkan bahawa bahan bantu hafazan seperti Inventori HAQAT bukan sahaja berkesan dalam menyokong aspek kemahiran hafazan malah turut berperanan dalam membina motivasi dalaman murid agar lebih konsisten, berdisiplin, dan bersemangat untuk menghafaz. Oleh itu, Inventori HAQAT wajar dijadikan strategi sokongan bagi memperkasakan motivasi murid di institusi tahfiz sama ada kerajaan mahupun swasta.msInventori HAQATkajian tindakanmotivasimubtadi’pendidikan tahfiz PENGENALANKesan Penggunaan Inventori Hafal Quran Mudah & Cepat (Haqat) Terhadap Motivasi Hafazan Al-Quran dalam Kalangan Murid Tahfiz Mubtadi’ (Permulaan)text::conference output::conference proceedings::conference paper535553