Noornajihan JaafarCelal AkarShah Rizul Izyan ZulkiplyAnisah Razali2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16929PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaAl-Quran merupakan mukjizat Nabi SAW yang masih kekal sehingga ke hari ini. Kemukjizatan al-Quran dapat diyakini melalui pelbagai aspek termasuklah dari aspek pemberitahuan akan berita yang lepas dan berita yang akan datang, gaya bahasa, penggunaan lafaz dan kedudukan lafaz-lafaz jalalahdalam kedudukan yang sejajar dan lain-alin lagi. Penulisan ini secara umum akan membincangan konsep tawafuq, mukjizat al-Quran, pengenalan kepada Quran Tawafuq, sejarah penulisan, biografi penulis dan beberapa contoh yang terdapat dalam Quran Tawafuq. Manakala fokus perbincangan ialah kepada penemuaan kesejajaran kedudukan lafaz jalalahdalam beberapa tempat pada Quran Tawafuq yang merupakan hasil tulisan tangan oleh Ahmad Husrev Efendi. Sebanyak 2,806 lafaz Allah di dalam al-Quran, kesemuanya datang sama ada pada kedudukan yang selari dari atas ke bawah dalam satu muka surat, ataupun dalam kedudukan bersetentang dengan lafaz Allah di muka surat selepasnya, ataupun pada kedudukan bertindih dengan yang berada di muka surat belakangnya. Lafaz-lafaz Allah ini bersejajar antara satu sama lain dalam satu bentuk yang menakjubkan, yakni dengan sebutan yang khusus ia berada dalam posisi tawafuq. Atas penemuan inilah, al-Quran tersebut diberikan nama Quran Tawafuq.othermukjizat, tawafuq, Quran Tawafuq, Ahmad Husrev EfendiPengenalan Dan Sejarah Penulisan Quran TawafuqArticle725738