Mastura binti Haji Abd WahabKhadijah MudaWan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali2024-05-312024-05-312020-10-15eISBN : 9789674408367https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/184363 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020) COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION Date: 15 October 2020 Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) & Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)Agama merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan manusia. Agama disebut sebagai alDīn dalam Bahasa Arab dan religion dalam Bahasa Inggeris. Di Malaysia, Islam merupakan agama rasmi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Perbahasan mengenai agama Islam sebagai al-Dīn serta asas-asas akhlak dibincangkan dalam sebuah buku karangan Syed Muhammad Naquib Al-Attas, seorang ahli falsafah Malaysia yang terulung. Buku tersebut berjudul Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak (2019). Artikel ini menghuraikan secara ringkas biografi Syed Muhammad Naquib Al-Attas, memberi pengenalan ringkas terhadap buku Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak serta menghuraikan konsep agama, Islam dan asas-asas akhlak menurut pandangan Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian analisis teks buku Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Hasil kajian mendapati bahawa buku Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak adalah merupakan bab yang ketiga dalam buku Islam and Secularism (1978) karangan Syed Naquib Al-Attas dalam Bahasa Inggeris. Al-Attas berpendapat bahawa agama merujuk kepada alDīn yang merangkumi keimanan, kepercayaan, amalan, ajaran dan anutan orang Muslim sama ada dari sudut individu atau masyarakat. Islam pula bermaksud penyerahan diri kepada Allah oleh sekalian makhluk sama ada yang mempunyai akal, hati, nafsu dan kekuatan diri bagi mengabdikan diri kepadaNya (cubudiyyah) dengan melakukan segala suruhanNya. Manakala, akhlak pula merujuk kepada tingkah laku atau perangai individu. Akhlak merupakan sifat-sifat asasi yang mendasari kehidupan beragama bagi setiap individu yang bergelar Muslim. Oleh itu, buku Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak ini boleh dijadikan rujukan kepada para pembaca dalam memahami konsep agama, Islam sebagai al-Dīn serta asas-asas akhlak yang mendasari kehidupan seorang Muslim.otherSyed Muhammad Naquib Al-Attas, Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak, Islam, Agama, AkhlakIslam: Faham Agama Dan Asas Akhlak Oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas: Suatu Ulasan RingkasArticle518527