Shaharudin IsmailHalimaton Sa'adiah AriffinAzuan AhmadZul Hilmi Abdullah2025-05-142025-05-142024Shaharudin Ismail, Halimaton Sa’adiah Ariffin, Azuan Ahmad & Zul Hilmi Abdullah. (2024). Tinjauan Pelaksanaan Pertanian Bandar Kaedah Akuaponik dalam Memacu Kelestarian Ekonomi Ummah. Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains 2024 (SAIS 2024), 203–212. https://pkausim.usim.edu.my/sais-2024/3083-8711https://pkausim.usim.edu.my/sais-2024/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26757Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2024 (SAIS 2024) Editor: Siti Rubaini Mat (K), Azman Ab Rahman, Rezki Perdani Sawai, Muhammad Nuruddin Sudin, Umi Hamidaton Soffian Lee ,Nur Ilyana Ismarau Tajuddin 26 September 2024 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM),Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Institut Sains Islam (ISI) dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH), USIMProgram Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan. Pelbagai kaedah Pertanian Bandar seperti batas tanaman, pasuan, Hidroponik, Akuaponik. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan. Bagi menyokong Program Pertanian Bandar, Kerajaan telah mewujudkan Program Komuniti MADANI. Program ini dirangka untuk kelestarian ekonomi ummah dengan merancakkan ekonomi sesebuah komuniti dan mengangkat martabat ekonomi komuniti setempat. Program Komuniti MADANI menyediakan dana/geran kepada komuniti untuk menjayakan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI). Dalam keadaan harga jualan makanan dan sayur semasa kerap meningkat, kelestarian ekonomi ummah boleh direalisasikan melalui Pelaksanaan Program SejaTi MADANI dengan projek Pertanian Bandar yang dilaksanakan melalui projek penanaman sayur-sayuran berkelompok di kawasan terbiar di bandar serta pinggir bandar. Salah satu projek Pertanian Bandar yang menggunakan set UrbanKit - satu set peralatan yang mengimplemtasi sistem akuaponik menggabungkan tanaman sayuran, herba dan ulaman dengan ternakan ikan air tawar dalam satu tempat. Pelaksanaan projek Pertanian Bandar menggunakan UrbanKit dapat memberi faedah kepada ekonomi komuniti setempat dan seterusnya menzahirkan kelestarian ekonomi Ummah, antaranya Penghasilan Makanan Halal, Penjanaan Pendapatan Peserta projek dan Komuniti Setempat, dan Akses Makanan Segar. Kertaskerja ini adalah tinjauan ringkas peluang yang disediakan yang disediakan oleh Kerajaan dalam memberi faedah kepada pelaksanaan Pertanian Bandar kepada komuniti setempat.mspertanian bandarUrbanKitkelestarian ekonomi UmmahTinjauan Pelaksanaan Pertanian Bandar Kaedah Akuaponik dalam Memacu Kelestarian Ekonomi Ummahtext::conference output::conference proceedings::conference paper203212