Muhammad Asyraf bin Mohd ZamriMohd Zahir Abdul RahmanMuhamad Hafizuddin bin Mohamed NajidMohd Zohdi bin Mohd AminNorakyairee bin Mohd RausLatiffah Karim2024-09-032024-09-032024-06-01Muhammad Asyraf bin Mohd Zamri, Mohd Zahir Abdul Rahman, Muhamad Hafizuddin bin Mohamed Najid, Mohd Zohdi bin Mohd Amin, Norakyairee bin Mohd Raus, & Latiffah Karim. (2024). Pelupusan Al-Quran di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal Pelupusan Secara Penanaman : Disposal of the Quran in Malaysia: A Preliminary Review of Disposal by Burial. Maʿālim Al-Qurʾān Wa Al-Sunnah, 20(1), 202-219. https://doi.org/10.33102/jmqs.v20i1.48810.33102/jmqs.v20i1.488https://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/488/289https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22294Journal of Ma’alim al-Quran wa al-Sunnah Volume 20 Issue 1 Page (202-219)Menjaga kemuliaan al-Quran merupakan kewajipan bagi umat Islam. Pelupusan al-Quran secara patuh syariah adalah langkah yang diambil bagi menjaga kemuliaan kitab suci ini sejak zaman berzaman sehingga kini. Di Malaysia, pelupusan al-Quran dilakukan terhadapmushaf yang tersilap cetak, terkoyak, rosak, usang dan luput. Tambahan pula, belakangan ini isu mushaf rosak akibat bencana banjir menyebabkan teks tersebut basah, kembang dan berlumpur kembali meningkat. Secara umumnya di Malaysia, kaedah pembakaran diguna pakai untuk melupuskan kitab suci ini, namun mushaf yang rosak akibat banjir menyebabkan kasukaran untuk bahan itu dilupuskan secara pembakaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejumlah kaedah pelupusan al-Quran berdasarkan pandangan sarjana Muslim yang bersesuaian untuk digunakan pasca bencana banjir. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan instrumen pengumpulan data kajian menerusi analisis dokumen. Hasil dapatan mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah pelupusan al-Quran yang dibincangkan oleh para sarjana Muslim seperti kaedah pembakaran, penanaman dan nyahdakwat (deinking). Walaupun kaedah penanaman sudah di wartakan di peringkat pusat menerusi Muzakarah MKI kali ke 30 pada tahun 1992 tetapi masih belum pernah di praktikkan melalui agensi terbabit. Justeru, kajian berharap supaya kaedah penanaman dapat diketengahkan sebagai alternatif penyelesaian isu pelupusan al-Quran pasca banjir.msPelupusanAl-QuranPenanamanBanjir.Pelupusan Al-Quran di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal Pelupusan Secara PenanamanDisposal of the Quran in Malaysia: A Preliminary Review of Disposal by Burialjournal-article