Wan Hassan, W. Z.W. Z.Wan HassanAbdullah, N.N.AbdullahMuslim, N.N.MuslimAlias, J.J.Alias2024-05-302024-05-3020180127-7871http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/20https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15345Penggunaan rokok elektronik dan shisha telah menular dalam masyarakat Malaysia terutamanya anak muda pada masa kini. Ia seolah-olah tidak mampu dibendung sehingga penggunaannya dianggap sebagai suatu keseronokan dan kebanggaan bagi kehidupan mereka. Namun adakah masyarakat Malaysia sedar bahawa syariat Islam mempunyai garis panduan yang sebenar bagi mereka mengenai kepenggunaan bahan-bahan yang boleh memberi kemudaratan kepada mereka. Oleh itu permasalahan tersebut perlu diselesaikan melalui penjelasan hukum dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti. Terdapat banyak fatwa untuk menyelesaikan isu tersebut sebagai suatu penjelasan hukum kepada masyarakat dengan harapan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat akan terus terpelihara. Oleh yang demikian, institusi fatwa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri memainkan peranan yang amat signifikan bagi memastikan amalan hidup secara beragama dan sihat dapat direalisasikan sepenuhnya. Kajian secara menyeluruh terhadap fatwa yang sedia ada bagi penggunaan rokok elektronik dan shisha perlu diambil perhatian bagi memastikan matlamat penjelasan dan pengamalan tercapai. Fatwa yang dikeluarkan oleh mufti dan jawatankuasa fatwa tidak akan diputuskan tanpa tujuan, matlamat dan keperluan. Ia perlu selari dengan hukum syarak yang ditetapkan oleh Allah melalui al-Quran dan al-Sunnah sekali gus perlu menepati matlamat dan hikmahnya yang lebih dikenali sebagai maqasid syariah. Dalam artikel ini, penulis hanya melihat sejauh mana keperluan maqasid syariah diambil perhatian dan pertimbangan wajar dalam penentuan sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan institusi fatwa di beberapa buah negeri dalam isu yang berkaitan penggunaan rokok elektronik dan shisha dari tahun 2010 hingga 2015. Penulis mendapati, kesemua fatwa yang telah diputuskan mengambil kira pengaplikasian maqasid syariah demi untuk menjaga dan mengukuhkan lagi bukan sahaja berkaitan agama, bahkan ia juga melibatkan nyawa, akal, maruah dan harta benda masyarakat Islam.ms-USMaqasid SyariahFatwarokok elektronikshishaMalaysiaAplikasi Maqasid Syariah Dalam Fatwa Berkaitan Penggunaan Rokok Elektronik Dan Shisha Di MalaysiaArticle182631