Hasnizam HashimWan Abdul Fattah Wan IsmailZulfaqar MamatAhmad Syukran BaharuddinLukman Abdul MutalibMohamad Aniq Aiman AliasBaidar Mohammed Mohammed Hassan2024-12-302024-12-3020242024-12-30Hasnizam Hashim, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Ahmad Syukran Baharuddin, Zulfaqar Mamat, Lukman Abdul Mutalib, Mohamad Aniq Aiman Alias, Baidar Mohammed Mohammed Hassan & Norma Jusof A. (2024). Hukuman alternatif berorientasikan pemulihan ke atas pesalah jenayah: Analisis terhadap kesesuaian serta mekanisme pelaksanaannya di Mahkamah Syariah. LexForensica: Forensic Justice and Socio-Legal Research Journal, 1(1), 13-23. h https://doi.org/10.33102/n202z9623030-6485368-118Prefix 10.33102/lexforensicahttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25836https://lexforensica.usim.edu.my/index.php/journal/article/view/5/7LexForensica: Forensic Justice and Socio-Legal Research Journal, Volume 1 Issue 1 Page (13-23)Agenda pelaksanaan hukuman alternatif yang berorientasikan pemulihan pesalah jenayah syariah perlu diberi perhatian sewajarnya kerana sehingga kini tidak diketahui sejauh mana ia dilaksanakan di bawah sistem perundangan syariah negara. Agenda pemulihan inijuga sepatutnya dijadikan sebagai salah satu agenda bagi memperkasakan sistem perundangan syariah negara atau Mahkamah Syariah itu sendiri. Perlu difahami bahawa matlamat hukuman dalam Islam bukanlah sekadar menghukum pesalah, tetapi yang paling utama adalah memastikan pesalah tersebut berjaya dipulihkan. Pelaksanaan program pemulihan mestilah berdasarkan perancangan yang teliti agar bentuk pemulihan yang bersesuaian dapat diberikan berdasarkankepadakesalahan atau jenayah yang dilakukan. Keterbatasan danketidaktahuan tentang sejauh mana kesesuaian dan mekanisme pemulihan pesalah jenayah syariedi bawah sistem perundangan negara pada masa kini membuka persoalan tentang sejauh mana pesalah-pesalah ini mendapat hak mereka untuk dipulihkan dan seterusnya mendapat keadilan. Keadaan ini sepatutnya menjadi desakan kepada pihak berwajib untuk mengambil langkah yang sewajarnya untukmengkaji dan menanganinya. Dalam kajian ini, penyelidik telahmenggunakan kaedah kualitatifbagimerungkai permasalahan tersebut serta mencadangkan penambahbaikan terhadap beberapa aspek yang dilihat penting sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan hukuman alternatif yang lebih tersusun di Mahkamah Syariah. Kajian mendapati bahawa aspek pemulihan pesalah adalah salah satu matlamat utamahukuman dalam Islam dan aspek yang berkaitan dengan matlamat tersebut tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Kajian ini juga mendapati bahawa hukuman alternatif berorientasikan pemulihan yang diaplikasikan di Mahkamah Syariah pada masa ini adalah amat kecil skopnya dan masih ‘kabur’dari segi pelaksanaannya berbanding di Mahkamah Sivil. Oleh itu, perbincangan mengenai perkara ini diharapkandapat membuka mata pihak-pihak berkaitan agar dapat memberikan perhatian yang serius dan mengambil tindakan yang drastik untuk melihat dan mengkaji aspek pemulihan pesalah jenayah syariah sedia ada supaya penambahbaikan dapat dilakukan.msHukuman Alternatifpemulihan pesalahkesesuaian dan pelaksanaanMahkamah Syariah MalaysiaHukuman Alternatif Berorientasikan Pemulihan Ke Atas Pesalah Jenayah: Analisis Terhadap Kesesuaian Serta Mekanisme Pelaksanaannya Di Mahkamah SyariahAlternative Punishment Oriented to Restoration on Criminal Offenders: Analysis of Suitability and Its Implementation Mechanism in Syariah Courttext::journal::journal article::research article132311