Hayati HussinAbdul Rahim AhmadMuhammad Hafiz SalehMuhammad Arif Musa2024-05-302024-05-302020-05Hussin, H., Ahmad, A. R., Saleh, M. H., & Musa, M. A. (2020). Legasi Al-Tarmasiy Dalam Bidang Qiraat. Sains Insani, 5(1), 108-114. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.161eISSN 0127-787110.33102/sainsinsani.vol5no1.161https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/161https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15200Vol. 5 No. 1 (2020): Jurnal Sains InsaniAl-Tarmasiy merupakan seorang ulama nusantara yang prolifik. Beliau banyak menghasilkan kitab dalam pelbagai disiplin pengajian Islam. Namun keunggulan beliau dalam bidang qiraat lebih terserlah. Karya beliau dalam bidang qiraat mewakili peratusan yang tertinggi berbanding bidang pengajian Islam yang lain. Justeru kertas kerja ini dihasilkan bagi menyingkap legasi beliau dalam bidang qiraat. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif dan berbentuk analisis kandungan dengan berpandukan kepada kitab-kitab qiraat karangan beliau. Hasil kajian mendapati terdapat enam buah kitab yang telah dihasilkan oleh al-Tarmasiy dalam bidang qiraat. Kitab-kitab tersebut iaitu Tacmim al-Manafic bi Qira’at al-Imam Nafic, Tanwir al-Sadr bi Qira’at al-Imam Abi cAmr, Ghunyat al-Talabah bi Sharh al-Tayyibah, Al-Badr al-Munir fi Qira’at al-Imam Ibn Kathir, Al-Risalah al-Tarmasiyyah fi Isnad al-Qira’at al-cAshriyyah dan Inshirah al-Fawaid fi Qira’at al-Imam Hamzah Riwayatay Khalaf wa Khallad. Implikasinya kajian ini dapat menyumbang ke arah usaha mentahkik kitab-kitab qiraat al-Tarmasiy serta menterjemahkannya dan mensyarahkannya ke dalam bahasa ibunda.otherAl-Tarmasiy, Manuskrip dan QiraatLegasi Al-Tarmasiy Dalam Bidang QiraatThe Legacy of Al-Tarmasiy in QiraatArticle10811451