Muhammad Khairunnas NaseriWan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali2024-05-302024-05-302024Muhammad Khairunnas Naseri, & Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali. (2024). Isu dan Cabaran Dakwah kepada Golongan Mualaf: Analisis Pandangan Para Pengajar. E-Proceeding Postgraduate Research Conference , 133–135. https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdf978-629-7636-27-6https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16345E-Proceeding Postgraduate Research Conference (PRC2023) : “Sustainable Education & Human Well-Being”/ editors: Roslee Ahmad , Khadijah Muda, Md Yousuf Ali, Ihab Ahmed Ra’uf Awais, Abdul Rashid Abdul Aziz, Ainul Mardhiah Mokhtar, Nurun Najihah Musa, Puteri Nazirah Amran, Fatin Muti’ah Mohamed Ishak Organized by: Faculty of Leadership and ManagementDakwah didefinisikan sebagaikan suatu usaha mulia dalam mengajak umat Islam kembali kepada Allah S.W.T. Ia merupakan perbuatan menyambung risalah para nabi dan rasul terdahulu dengan mengeluarkan manusia daripada gelapnya kejahilan kepada terangnya petunjuk. Mereka yang baru memeluk agama dikenali sebagai golongan mualaf. Mutakhir ini, kita seringkali mendapat perkhabaran tentang pengislaman melalui media sosial baik dari kalangan orang ternama mahupun rakyat jelata. Namun, jika diperhalusi, terdapat pelbagai isu yang terkait dengan golongan mualaf, baik sebelum mereka memeluk agama Islam mahupun selepas pengislaman. Mereka mengalami kesukaran untuk mendapat akses kepada program pendidikan dan bahan rujukan yang bersesuaian bagi peningkatan kefahaman, amalan serta penghayatan Islam. Tambahan pula, ada segelintir masyarakat Muslim sendiri yang tidak mengendahkan golongan minoriti ini. Artikel yang berbentuk kualitatif ini melibatkan analisis data daripada kajian terdahulu, temu bual individu dan kumpulan fokus daripada tenaga pengajar mualaf daripada setiap daerah di Negeri Sembilan untuk mengutip maklumat tentang kaedah dan silibus pengajaran mualaf semasa serta cadangan penambahbaikan. Hasil dapatan menunjukkan beberapa isu berbangkit berkaitan dengan situasi mualaf, silibus pengajaran dan tenaga pengajar menjadi pola perbincangan yang mesti diberi perhatian. Beberapa faktor penyumbang turut dikesan dan beberapa langkah telah diutarakan dalam kajian ini untuk tujuan pembaharuan dan penambahbaikan.otherdakwah, pendidikan, isu, mualaf, Negeri Sembilan.Isu dan Cabaran Dakwah kepada Golongan Mualaf: Analisis Pandangan Para PengajarIssues and Challenges of Dakwah to the Converts: Analysis of Teachers’ Viewpointstext::conference output::conference proceedings::conference paper133135