Dr. Zulfaqar MamatWan Abdul Fattah Wan IsmailLukman Abdul MutalibSyahirah Abdul ShukorHasnizam Hashim2024-05-282024-05-2820192022-10-30128-133X2116-24https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/jurnal/JURNAL_PENYELIDIKAN_ISLAM_BIL_31_2019.pdfhttps://www.islam.gov.my/ms/e-penerbitan/2837-jurnal-penyelidikan-islam-bilangan-31-2019https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4835Jurnal Penyelidikan Islam Bilangan 31/2019Wali merupakan rukun penting dalam perkahwinan. Tanpa wali maka sesebuah perkahwinan itu tidak akan terhasil. Para fuqaha Islam telah menggariskan bidangkuasa kepada wali untuk menikahkan orang yang di bawah tanggungjawabnya mengikut tertib wali, secara amnya kuasa tersebut tidak boleh berpindah kepada orang lain selagi wali yang berada di kedudukan awal masih hidup dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai wali. Walau bagaimanapun dalam sesetengah kes tertib wali boleh berpindah kepada wali hakim kerana beberapa sebab yang diiktiraf oleh syarak. Kajian ini menggunakan metod kualitatif melibatkan kajian kepustakaan dan kajian kes, di mana ia akan melihat secara lebih spesifik definisi wali dan wali hakim dalam pensyariatan Islam, sebab perpindahan wali nasab kepada wali hakim berdasarkan hukum syarak dan juga undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia serta sebab-sebabnya. Dapatan kajian merumuskan bahawa tertib wali dalam perkahwinan merupakan satu kewajipan yang perlu dipatuhi, walau bagaimanapun masih terdapat beberapa pengecualian yang dibenarkan melangkauinya menurut pandangan para fuqaha termasuk dalam kes wali hakim. Ini bagi memastikan tujuan pensyariatan dan maslahah umat Islam sentiasa diutamakan. Kajian mendapati, perpindahan wali telah diamalkan dalam undang-undang perkahwinan di Malaysia. Peranan wali hakim juga telah ditetapkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negerinegeri. Sungguhpun begitu, kajian mendapati masih kedapatan kes-kes yang melibatkan kesalahan penggunaan wali hakim, terutamanya kes-kes berkaitan perkahwinan tidak mengikut undang-undang seperti kahwin di Selatan Thailand. Kes seumpama ini perlu diambil cakna oleh pasangan dan juga pihak berwajib bagi memastikan ianya memenuhi syarat sah perkahwinan dan mencapai matlamat perkahwinan itu sendiri.enwali hakim, tertib wali, perkahwinan.Kedudukan Wali Hakim Dalam Perkahwinan Di Malaysia Dari Sudut Syariah Dan PerundanganArticle154171311