Kartina Sari Abd KarimMuhammad Azizan Sabjan2024-05-312024-05-312022e-ISBN : 9789670001746https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18316E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta IndonesiaIstilah saudara baru tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Mereka merupakan kelompok minoriti yang wajar diberikan keutamaan dalam agenda dakwah tanah air dengan meraikan segala perbezaan budaya dan bahasa pertuturan. Usaha dakwah yang terhad ditambah pula dengan sikap sambil lewa majoriti masyarakat Islam sedia ada yang sengaja meremehkan kewajipan berdakwah ke atas masyarakat non-muslim khususnya amat membimbangkan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji konsep pemikiran dan perjuangan dakwah Ebit Lew kepada saudara baru di negara kita. Ketokohan beliau dalam dakwah saudara baru dikenal pasti dan diselidiki di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi melalui kajian pustaka yang merangkumi sumber primer dan sumber sekunder. Hasil penyelidikan mendapati kehadiran beliau dalam konteks dakwah semasa membuktikan bahawa tugas dakwah bukan sahaja didominasi oleh golongan agamawan dan ilmuan semata-mata. Gerakan dakwah beliau terhadap golongan saudara baru wajar diteladani malah mencetuskan suatu revolusi dakwah yang amat realistik untuk terus dibangunkan dalam masyarakat majmuk di negara kita.otherdakwah saudara baru; kewajipan berdakwah; Ebit LewPemikiran Dan Perjuangan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew dalam Dakwah Saudara Baru di MalaysiaArticle220229