Rahmah Hayati MusaMohd Nur Adzam RasdiNoornajihan Ja’afar2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17003PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesKebolehbacaan ialah satu kaedah dalam mengukur tahap kesukaran sesuatu teks bahan bacaan seperti buku teks dan lain-lain. Seiring dengan perkembangan keperluan penggunaan al-Quran Braille oleh komuniti OKU Penglihatan di Malaysia, JAKIM telah menerbitkan al-Quran versi Braille yang dijenamakan sebagai Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MQBM) pada April 2022. Mashaf ini adalah versi penambahbaikan kepada al-Quran Braille terbitan PERTIS yang telah diterbitkan sejak 1999. Oleh kerana mashaf baharu ini membawa beberapa perubahan daripada sudut teks, maka ia perlu dikaji dari sudut kebolehbacaannya secara akademik. Kajian ini perlu dimulakan dengan kefahaman mengenai konsep kebolehbacaan Mashaf al-Quran Braille Malaysia dari konteks penggunanya sendiri iaitu OKU Penglihatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis dokumen. Diharapkan kajian kebolehbacaan ini dapat membantu memberikan pendedahan dan kefahaman yang luas terhadap para penyelidik terutamanya dalam bidang penulisan Braille. Hal ini dapat membuktikan bahawa kajian kebolehbacaan bukanlah tertumpu untuk teks bercetak sahaja malah ia juga dapat diaplikasikan ke atas teks Braille.otherBraille, Kebolehbacaan, Mashaf Al-Quran Braille Malaysia, OKU PenglihatanKonsep Kebolehbacaan Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MQBM)Article3140