Nisa Syakirah Binti HishamudinNor Firzana Binti Mohamad SiratMesbahul Hoque2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17001PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesTabarruk merupakan amalan mengharapkan keberkatan daripada Allah melalui sesuatu yang mulia. Pengamalan tabarruk atau mengambil berkat ini telah menjadi sebahagian dari amalan segelintir masyarakat Islam. Kajian ini membincangkan tentang pengamalan mengambil berkat khususnya terhadap ulama dan orang soleh yang telah menjadi suatu ikutan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Namun, permasalahan ini sering menjadi perbincangan yang kadangkala menimbulkan perselisihan antara umat, ada yang menegah dan mengatakan ianya perbuatan bid’ah. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pendapat ulama yang menerima dan menolak amalan tabarruk terhadap orang soleh dan mengenal pasti pendapat yang paling rajih atau benar berkenaan pengamalan ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metodologi kajian melalui analisis kandungan seperti artikel, jurnal dan buku. Hasil kajian ini mendapati bahawa berdasarkan hadis-hadis Nabi dan pendapat ulama yang rajih menunjukkan bahawa mengambil berkat dari ulama atau orang yang soleh adalah dibenarkan dengan iktiqad bahawa tiada apa-apa kuasa kebergantungan selain daripada Allah SWT. Tambahan pula, tabarruk adalah amalan yang mempunyai sandaran dari perbuatan Nabi Muhammad SAW, para sahabat, salaf dan ulama’ muktabar.otherTabarruk, Orang Soleh, Bid’ah.Kajian Tentang Amalan Tabarruk Dengan Orang SolehArticle6679