Mohd Adi Amzar Bin Muhammad NawawiMohd Fahimi Zakaria2024-05-272024-05-2720212021-11-232289-82042462-1210.11113/umran2021.8n3.494https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4044Indexed by MyCiteKajian ini bertujuan untuk melihat penggemblengan sumber Islam yang diaplikasikan oleh Sayyid Sayyid cAbd al-Raziq sebagai pemanifestasian utama beliau dalam membina falsafah kritikan sastera Islami yang unik dan tersendiri. Dari satu sudut, ia merupakan usaha dan refleksi beliau terhadap pemurnian semula kerangka falsafah kritikan sastera Islami yang disifatkan sebagai tidak islami secara sepenuhnya dan banyak bergantung kepada idea dan tasawur Barat. Hasilnya wujud percanggahan dan kontradiksi yang ketara dengan nilai Islam dan ini telah menggerakkan al-Raziq untuk menghasilkan satu karya yang memperhalusi berkenaan permasalahan ini. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk analisis kandungan dengan menganalisis sumber primer iaitu Manhaj al-Islami fi al-Naqd al-Adabi. Dapatan kajian telah mendapati bahawa al-Raziq telah menggunakan secara optimum sumber Islam sebagai wahana utama beliau dalam menghasilkan falsafah kritikan sastera yang berpaksikan Islam yang sebenar. Ini dapat dilihat dengan usaha beliau menerusi penggemblengan sumber Islam meliputi Al-Qur’an, Hadith dan juga penginterpretasian berdasarkan etika dalam skop perbahasan falsafah beliau yang meliputi al-Turath al-Islami, al-Turath al-Jahili dan al-Turath al-Madi.Kritikan, sastera Islam, sumber, Sayyid Sayyid cAbd al-Raziq, falsafahPenggemblengan Sumber Islam Sebagai Manifestasi Utama Pembinaan Falsafah Kritikan Sastera Islam Sayyid Sayyid Abd al-Raziq: Analisis Karya Manhaj al-Islami fi al-Naqd al-AdabiThe Abolition of Islamic Sources as a Main Manifestation of the Philosophy of Islamic Literary Criticism Sayyid Sayyid Abd al-Raziq: Analysis of the Book of Manhaj al-Islami fi al-Naqd al-Adabitext::journal::journal article758983