Wan Abdul Fattah Wan IsmailAhmad Syukran BaharuddinLukman Abdul MutalibMualimin Mochammad SahidSetiyawan bin GunardiNorma binti Jusof2024-05-302024-05-302020-11-18e-ISBN: 978-967-440-859-6http://inpac-fsu.usim.edu.my/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16643E-PROCEEDING 3rd INTERNATIONAL CONFERENCE OF THE POSTGRADUATE STUDENTS AND ACADEMICS IN SYARIAH AND LAW 2020 (3rd INPAC 2020) "Syariah and Law Approach in Solving Contemporary Issues" Organized by: Faculty of Syariah and Law Date: 18 November 2020Dokumen sebagai kaedah pembuktian sememangnya telah diterima sejak sekian lama sebagai salah satu kaedah pembuktian sama ada di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil. Sekalipun pada awal Islam penerimaan dokumen terhad untuk kes-kes tertentu sahaja berbanding ikrar, syahadah dan sumpah, namun kini suasana tersebut telah pun berubah. Kini dokumen menjadi kaedah pembuktian terpenting sama ada ia melibat kes mal atau jenayah. Dokumen dipecahkan kepada dua bahagian iaitu dokumen awam (rasmi) dan dokumen persendirian. Manakala dokumen rasmi menurut perundangan Islam pula terdapat beberapa bentuk antaranya ‘Diwan al-Qadhi’ yang menjadi topik perbincangan dalam kertas kerja ini. Para ulamak silam sehingga ke hari ini, menjadikan ‘Diwan al-Qadhi’ antara rujukan penting dalam penghakiman. Bahkan kekuatannya dalam pembuktian telah diterima oleh kebanyakan para ulamak dan pengamalpengamal undang-undang termasuklah kes pengakuan secara bertulis yang telah dibuat oleh seseorang berkaitan status sah taraf seseorang anak dengan dirinya. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada konsep dokumen ‘Diwan al-Qadhi’ serta kekuatannya dalam pembuktian menurut perspektif perundangan Islam. Sejauh manakah penerimaan ikrar bertulis dalam ‘Diwan al-Qadhi’ yang telah dibuat oleh seseorang berkaitan dengan anak tak sah taraf dapat dijadikan bukti dalam penghakiman. Hasil perbincangan ini akan menzahirkan bahawa dokumen ‘Diwan al-Qadhi’ mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam membantu hakim membuat keputusan yang adil dan saksama.en-USDokumen, kitabah, Diwan al-Qadhi’, pembuktian, keteranganPenerimaan Dokumen ‘Diwan Al-Qadhi’ Dalam Kes Pengakuan Status Anak Tak Sah Taraf Menurut Undang-Undang Keterangan IslamArticle261269