Muhammad Asyraf Mohd ZamriMohd Zahir Abdul RahmanMohamad Hafizuddin Mohamed Najid2025-03-042025-03-042024Muhammad Asyraf Mohd Zamri, Mohd Zahir Abdul Rahman, & Muhamad Hafizuddin Mohamed Najid. (2024). Penjagaan Al-Quran Menurut Perspektif Hadis Nabawi. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 102–115. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/201https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/201https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26469E-Proceeding The9th International Conference on Nabawi Heritage(SWAN 2024) Theme: Prophetic Legacy in Development of Civil Society in the Era of Artificial Intelligence (AI) 6-7 November 2024Isu penjagaan al-Quran dibincangkan secara meluas zaman berzaman berdasarkan keperluan semasa dan fokus tertentu. Kajian ini bertujuan menganalisis sejumlah hadis berkaitan penjagaan al-Quran dengan penekanan terhadap pemeliharaan al-Quran sama ada dari aspek pembacaan, penulisan, pengumpulan serta pengurusan mushaf al-Quran yang sudah tidak lagi dapat digunakan. Hal ini selari dengan keimanan sebagai seorang Muslim bahawa al-Quran adalah kitab suci yang memerlukan penjagaan teliti dengan penuh penghormatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis dokumen dengan merujuk kepada sumber primer dan sekunder kitab himpunan hadis. Lantaran itu, sejumlah 14 buah hadis berkaitan penjagaan al-Quran telah dianalisis merangkumi proses penjagaan yang berperingkat seperti hafalan ayat, penulisan ke atas lembaran, pengumpulan kedalam sebuah buku, penyalinan semula dan pelupusan al-Quran yang tidak lagi dapat digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa segala prinsip penjagaan al-Quran di peringkat awal banyak dipraktikkan ketika hayat Nabi صلى الله عليه وسلم namun apabila melibatkan pengumpulan, penyalinan dan pelupusan alQuran, ia lebih tertumpu kepada ijtihad para sahabat yang berstatus hadis Mauquf. Ia bertepatan dengan fakta sejarah bahawa keberadaan al-Quran dalam bentuk mushaf lengkap hanya terlaksana selepas kewafatan baginda Nabi صلى الله عليه وسلم. Kesimpulannya, kajian ini menekankan bahawa penjagaan al-Quran adalah tanggungjawab yang merangkumi seluruh aspek bermula daripada hafalan, penulisan, pengumpulan hingga proses melupuskannya. Ia tidak lain bertujuan untuk memastikan kehormatan al-Quran terpelihara sepanjang zaman.msHadisMushafPenjagaan al-QuranPelupusan.Penjagaan Al-Quran Menurut Perspektif Hadis Nabawitext::conference output::conference proceedings::conference paper