Nurul Sofea Mohd FairuzUlyaa Alwuthqo ZikroNawal Khairina EzuddinAmnah Zanariah Abd RazakRosita Zainal2025-10-152025-10-152024Nurul Sofea Mohd Fairuz, ‘Ulyaa Alwuthqo Zikro, Nawal Khairina Ezuddin, Amnah Zanariah Abd Razak, Rosita Zainal. (2024). Meneroka Kesedaran Tentang Isu Mencederakan Diri Sendiri (Self-Harm) dalam Kalangan Pelajar Muslim Pintar Dan Berbakat. Insan Junior Researchers International Conference 2024 (IJURECON 2024) , 135–138. https://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EXrJQXKFR1JAurDWj_VmLiYBRXCK10uGRWJC_WRAu3bsBw?e=07OjRG3083-8509https://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EXrJQXKFR1JAurDWj_VmLiYBRXCK10uGRWJC_WRAu3bsBw?e=07OjRGhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/278125th Insan Junior Researchers International Conference 2024 (iJURECON 2024) : "STREAM for a better future”/ editors : Ahmad Fuad Mohamad Amin, Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Nurhidaya Mohamad Jan, Norazlina Subani 25-26 October 2024 Organized by : Kolej Permata InsanPelajar Muslim pintar dan berbakat sering dikaitkan mempunyai daya intelek yang tinggi namun tidak dapat lari daripada isu yang melibatkan kesihatan mental seperti kecenderungan remaja masa kini melibatkan diri dengan isu mencederakan diri sendiri (self-harm). Mencederakan diri sendiri merujuk kepada tindakan individu yang menyebabkan kecederaan fizikal tanpa niat untuk membunuh diri. Dalam kalangan pelajar Muslim pintar dan berbakat, isu ini memerlukan pengetahuan serta kesedaran khusus akibat daripada tekanan akademik, harapan yang tinggi, dan cabaran sosial yang unik mungkin menjadi faktor risiko tingkah laku bagi pelajar Muslim pintar berbakat. Kajian terdahulu menunjukkan kekurangan penyelidikan yang khusus mengenai kesedaran pelajar pintar dan berbakat terhadap mencederakan diri sendiri, meskipun terdapat peningkatan perhatian terhadap kesihatan mental remaja. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka kesedaran mencederakan diri dalam kalangan pelajar Muslim pintar dan berbakat di Malaysia melalui penyelidikan kualitatif menggunakan temu bual kumpulan berfokus bagi mendapatkan maklumat terhadap tujuh orang responden kajian daripada pelajar tingkatan dua. Data akan dianalisis menggunakan analisis tematik untuk mengenal pasti tema utama berkaitan definisi mencederakan diri sendiri, punca utama tingkah laku ini, serta langkah-langkah pencegahan. Pelajar mendefinisikan mencederakan diri sendiri berdasarkan persepsi mereka terhadap tingkah laku ini, dengan punca utama termasuk tekanan akademik, masalah emosi, dan kekurangan sokongan sosial. Langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan termasuk pengukuhan sistem sokongan, intervensi awal, dan pendidikan mengenai kesihatan mental. Kesimpulannya, kajian ini menekankan keperluan menitikberat dalam meningkatkan kesedaran mengenai mencederakan diri sendiri dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat, serta mencadangkan langkah pencegahan melalui kerjasama antara keluarga, sekolah, dan kerajaan.msMencederakan diri sendiripintar dan berbakatanalisis tematikkesihatan mental.Meneroka Kesedaran Tentang Isu Mencederakan Diri Sendiri (Self-Harm) dalam Kalangan Pelajar Muslim Pintar Dan Berbakattext::conference output::conference proceedings::conference paper135138