Nur Naadhirah ZulkarnainNor Azrah Budiman RadziNurul Husna Mohd SainiMohd Zahir Abdul Rahman2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17690E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandIsu kesihatan mental bukanlah isu yang masih asing dalam kalangan masyarakat. Sehingga kini, Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada tarikh 10 Oktober setiap tahun masih mengekalkan objektif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjaga an kesihatan mental di kalangan masyarakat. Hal ini menunjukkan bahawa kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental masih belum berada di tahap yang memuaskan. Rasulullah telah memberikan panduan kepada umat Islam berkaitan penjagaan kesihata n mental dan fizikal yang telah dibuktikan melalui hadis hadis yang terkumpul dalam Kitab al Syama’il al Muhammadiyyah karya Imam al Tirmidhi.Amalan penjagaan kesihatan mental dan fizikal yang dibawa oleh Rasulullah adalah meliputi empat aspek utama iaitu aspek penjagaan minda dan emosi, amalan pemakanan, amalan fizikal dan amalan kerohanian. Oleh itu, kajian ini cuba untuk mengumpulkan dan menganalisis hadis hadis berkaitan ibadah Rasulullah dalam Kitab al Syama’il al Muhammadiyyah karya Imam al Tirmid hi yang merangkumi bab solat sunat dan puasa. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan secara analisis dokumen iaitu dengan menganalisis Kitab al Syama’il al Muhammadiyyah karya Imam al Tirmidhi dan merujuk kitab kitab lain seperti Jami’ Tarmizi, Sahih B ukhari dan Sahih Muslim. Terdapat sejumlah 24 buah hadis dalam bab ini dan hasil kajian mendapati sebanyak lapan buah hadis berkenaan solat sunat Rasulullah telah dikumpul. Daripada lapan buah hadis itu, empat hadis adalah berstatus sahih dan empat hadis pula berstatus hasan. Manakala sebanyak lima subtopik yang memaparkan amalan puasa Rasulullah iaitu bab puasa Rasulullah pada setiap bulan, puasa bulan Syaaban, puasa tiga hari pada setiap bulan, puasa Isnin dan Khamis dan puasa Asyura (10 Muharam). Justeru, kajian ini bermanfaat untuk pengkaji yang ingin mengkaji tentang penjagaan kesihatan mental dan fizikal menerusi ibad ah Rasulullah. Tuntasnya, diharapkan kajian ini turut memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat untuk menambahkan ilmu peng etahuan tentang penjagaan kesihatan mental dan fizikal dengan mempraktikkan solat sunat dan berpuasa.other: Kesihatan Mental, Kitab Al Syama’il Al Muhammadiyyah Al Tirmidhi, Ibadah, Solat, Puasa.Dalam Kitab Analisis Hadis-Hadis Ibadah Rasulullah Al-Syamail Al-Muhammadiyyah Karya Imam Al-Tirmidhi dan Kaitannya Dengan Kesihatan Mental dan FizikalArticle628642