Norman Zakiyy,Norman ZakiyyHasnizam Hashim,Hasnizam HashimMaizatul Farisah Mohd Mokhtar,Maizatul Farisah Mohd MokhtarDina Imam Supaat2024-05-312024-05-312021-09-09https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18536Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.Dalam kes perceraian, Majlis Sulh adalah forum alternatif kepada perbicaraan di mana kedua belah pihak berpeluang untuk menyelesaikan isu tuntutan secara damai. Dalam menetapkan kadar nafkah ‘iddah pula, kedua belah pihak boleh berusaha untuk mencapai persetujuan bersama tanpa campurtangan mahkamah melalui perbicaraan. Namun begitu, kaedah penyelesaian ini mungkin akan menjadi kurang efektif sekiranya kedua pihak terlalu emosional dan tidak berkompromi. Pada masa yang sama, suami yang menceraikan isterinya pula mungkin sedang mengalami masalah kewangan yang serius akibat daripada kesan wabak COVID-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan. Pembayaran nafkah ‘iddah masih merupakan suatu tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isteri yang telah diceraikannya. Artikel ini membincangkan kaitan antara keadaan sosio-ekonomi suami yang menceraikan isterinya dan penentuan kadar nafkah ‘iddah yang sesuai. Adalah didapati penaksiran kadar nafkah ‘iddah haruslah mengambil kira sosio-ekonomi suami yang berubah dan kos hidup terkini. Penetapan kadar nafkah ‘iddah yang munasabah dapat mengurangkan kes ketidakpatuhan kepada perintah Mahkamah Syariah berhubung dengan pembayaran nafkah ‘iddah. Kata kunci: Kadar nafkah ‘iddah, sosio-ekonomi, sulh, COVID-19otherKadar nafkah ‘iddah,sosio-ekonomi,sulh,COVID-19Taksiran Kadar Nafkah ‘Iddah Tanpa Melalui Sulh: Tinjauan Awal Di Era Kehilangan Pekerjaan Akibat Wabak Covid-19