Wan Abdul Fattah Wan IsmailMohd Radzniwan A RashidSyahirah Abdul ShukorLukman Abdul MutalibAhmad Syukran BaharuddinNorma JusofMohamad Aniq Aiman Alias2024-05-272024-05-2720202021-2-102710-6276http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr/article/view/11603https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3861Dokumen merupakan kaedah pembuktian yang paling utama pada hari ini. penerimaan dokumen pada awalnya terhad kepada urusan tertentu, namun kini ia telah diterima dalam semua urusan sama ada berkaitan dengan urusan muamalat, perbankan, urusan nikah cerai, termasuklah dalam urusan wasiat dan hibah. Dengan perkembangan teknologi terkini, dokumen tidak hanya terhad kepada tulisan biasa bahkan ia juga dalam bentuk elektronik seperti email, WhatsApp, telegram, mesej dan seumpamanya. Persoalannya sekarang, sejauh manakah penerimaan dokumen elektronik dalam pembuktian khususnya hibah yang dilakukan oleh mereka dalam situasi mard al-mawt kerana menghidapi penyakit COVID-19. Kajian in menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kepada kitab-kitab fiqh, fatwa-fatwa semasa, buku-buku perubatan moden dan juga pandangan pakar perubatan. Kaedah kualitatif ini bagi menjawab beberapa persoalan dan objektif iaitu konsep dokumen elektronik dalam pembuktian, penerimaan hibah dalam situasi maradh al-mawt bagi pesakit COVID-19 dan sejauh manakah COVID-19 mempunyai hubungan kait dengan mardh al-mawt. Di harapkan kertas ini dapat merungkaikan hukum hibah melalui dokumen elektronik bagi mereka dalam keadaan maradh al-mawt bagi COVID-19 menurut perundangan Islam.otherDokumen, Hibah, Elektronik, Covid-19, Maradh Al-Mawt.Kekuatan Dokumen Hibah Elektronik Pesakit Covid-19 Dalam Situasi Maradh Al-mawt Menurut Perundangan IslamArticle26127124