Noor Syakirah Binti Abdul RashidAmirah Nazifah Binti IsnainiNur Suwaibah Binti Mohammad MahiSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 978-629-7534-37-4https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17596E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Media sosial pada zaman kini makin giat digunakan dan sudah tidak asing lagi. Begitu juga dengan aurat yang merupakan bahagian anggota badan sama ada lelaki atau perempuan yang wajib ditutup dan haram untuk dipamerkan atau dilihat oleh umum. Aurat di dalam media sosial hendaklah perlu dijaga sebagaimana yang telah dituntut oleh syarak. Namun ada sesetengah golongan yang mengambil mudah tentang penjagaan aurat di dalam media sosial. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji dan mendalami tentang tatacara atau etika penjagaan aurat sebagaimana yang digaris dalam al-Quran dan hadis meskipun dalam dunia maya. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian kepustakaan dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan. Potongan daripada ayat suci al-Quran serta hadis sahih juga dijadikan sebagai rujukan utama di dalam kajian ini. Hasil kajian ini dapat memberikan fahaman yang lebih jelas tentang batas dan juga hukum sekiranya tidak menutup aurat secara sempurna serta mendedahkannya untuk tatapan umum yang boleh mengundang pelbagai perkara buruk. Kesimpulannya, aurat di dalam media sosial juga perlu dijaga serta sikap wara’ dan berhati-hati hendaklah diutamakan.otherAurat, al-Quran, hadis, Syarak, Media SosialEtika Islam dalam Penjagaan Aurat: Kajian dalam Media SosialArticle92101