Sakinah Binti Abdul MoktiSiti Arbaiyah Binti Mohd SaroniMohd Fuad Bin MokhtaNur Ahmad Wafiy Bin Noor AzriSiti Nurleha Binti SafieNoorHaslinda Binti Zainal Abidin2025-12-222025-12-222025Sakinah Binti Abdul Mokti, Siti Arbaiyah Binti Mohd Saroni , Mohd Fuad Bin Mokhta , Nur Ahmad Wafiy Bin Noor Azri,, Siti Nurleha Binti Safie , NoorHaslinda Binti Zainal Abidin. (2025). Analisis Pengetahuan dan Amalan Tadabbur Al-Quran dalam Kalangan Guru Tahfiz di Negeri Perak. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 123–137. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28331International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Kajian ini meneliti tahap pengetahuan dan pengamalan guru tahfiz terhadap tadabbur al-Quran, suatu aspek penting yang sering diabaikan dalam pendidikan tahfiz. Isu yang menjadi latar belakang kajian ini ialah kurangnya kefahaman pelajar terhadap makna dan mesej ayat-ayat hafazan. Oleh itu, kajian ini memberi fokus untuk menilai sejauh mana guru tahfiz memahami konsep tadabbur serta mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan dengan instrumen soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Analisis statistik deskriptif digunakan bagi menentukan tahap pengetahuan dan pengamalan, manakala ujian-t bebas dan ANOVA sehala diaplikasikan untuk mengenal pasti perbezaan berdasarkan pemboleh ubah demografi tertentu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru tahfiz terhadap tadabbur berada pada aras yang sangat tinggi, manakala tahap pengamalan mereka berada pada aras tinggi. Ujian-t bebas mendapati tiada perbezaan signifikan antara pengetahuan dan pengamalan guru tahfiz yang berkhidmat di sekolah kerajaan dan swasta. Walau bagaimanapun, analisis ANOVA menunjukkan wujud perbezaan signifikan dalam tahap pengetahuan guru tahfiz berdasarkan kelulusan pendidikan, tetapi tiada perbezaan signifikan dalam aspek pengamalan mengikut tahap pendidikan tersebut. Kajian ini menegaskan kepentingan meningkatkan kefahaman dan pengamalan tadabbur dalam kalangan guru tahfiz sebagai asas kepada pembentukan pelajar yang bukan sahaja mahir dalam hafazan, tetapi juga mampu menghayati mesej al-Quran secara mendalam. Dapatan ini diharap dapat menjadi rujukan untuk penambahbaikan kurikulum dan latihan profesional guru tahfiz, sekali gus memperkukuh peranan institusi tahfiz dalam melahirkan generasi huffaz yang seimbang dari segi intelektual, rohani, dan akhlak.msGuru TahfizTadabburPendidikan TahfizPengetahuan TahfizTahfiz TeacherTahfiz EducationTahfiz KnowledgeAnalisis Pengetahuan dan Amalan Tadabbur Al-Quran dalam Kalangan Guru Tahfiz di Negeri Peraktext::conference output::conference proceedings::conference paper123137