Amran Abdul HalimAmiruddin Mohd SobaliAbdulloh SalaehAhmad Kamel MohamedNidzamuddin ZakariaWalid Mohd SaidSyed Najihuddin Syed HassanMohammad Fahmi Abdul Hamid2024-05-312024-05-312021-09-09https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18525Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.Kedudukan hadith sebagai sumber kedua syariat Islam telah diakui oleh Al-Quran, hadith itu sendiri dan juga ulama-ulama Islam dari masa lalu hingga kini. Kepentingannya tidak dapat dinafikan tanpa hadis manusia yang tidak dapat mengenali, memahami dan mengamalkan ajaran Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Perkembangan ilmu sentiasa berterusan daripada semasa ke semasa dan tidak akan terhenti sehinggalah berlakunya hari kiamat. Manusia sentiasa memerlukan pengetahuan kerana dengan pengetahuan itu mereka akan menjadi lebih dekat satu sama lain dengan pencipta mereka. Oleh itu, penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti serta mengupas isu-isu salah faham hadith yang mengelirukan masyarakat di Malaysia. Penulis cuba meneliti dan menganalisis isu-isu tersebut melalui media sosial seperti artikel, laporan akhbar Malaysia dan lain-lain yang berkaitan isu-isu salah faham hadith di Malaysia. Antara sebab berlakunya kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap hadith ialah dengan berkembangnya teknologi, masyarakat mendapat dan mentafsir maklumat mengenai hadith tanpa merujuk ahli agama, menggunakan logik akal dalam penafsiran hadis, memahami hadis tanpa mengambil kira maqasid, salah faham terhadap pendekatan kontekstual dan lain-lain. Hasil dari penulisan ini diharap dapat membantu penyelidik khususnya serta umat Islam amnya dalam memahami hadith-hadith Rasulullah SAW dengan baik tanpa ada sebarang kekeliruan dan seterusnya masyarakat Islam tidak lagi terjebak dengan kekeliruan yang boleh memesongkan akidah mereka dan seterusnya dapat beramal dengan baik bertepatan dengan ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Kata Kunci: Sunnah, media massa, anti hadith, Islam Liberal.otherSunnahmedia massaanti hadithIslam LiberalNeraca Kefahaman Umat Islam Terhadap Hadith Rasulullah Saw Dan PenjelasannyaArticle108117