Setiyawan Gunardi,Setiyawan GunardiMohd Soberi AwangMohd Mahyeddin Hj Mohd SallehiMustafa ‘Afifi Ab.Halim2024-05-312024-05-312021-09-09https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18540Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.Bidang pemakanan merupakan salah satu cabang perbahasan terpenting dalam Syariah yang tertakluk kepada hukum halal dan haram. Matlamat pensyariatan pemakanan halal adalah untuk memastikan manusia hanya memilih makanan yang halal, berkualiti dan berkhasiat. Namun begitu, matlamat ini pasti tidak tercapai melainkan dengan adanya kawalan perundangan yang khusus bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan dan penipuan. Artikel ini bertujuan mengenalpasti panduan halal haram menurut perspektif Syariah dan menganalisa perundangan yang berkaitan dengan pemakanan halal di Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah kualitatif menerusi pendekatan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa panduan makanan halal di Malaysia adalah berteraskan kepada pendapat muktamad dalam mazhab Syafi’e, berpandukan kepada rujukan Al Quran, Hadis, Ijma ’dan Qiyas. Manakala perundangan terbahagi kepada dua aspek iaitu pensijilan makanan halal dan panduan kod amalan tentang makanan halal. Perkembangan dalam ruang lingkup undang-undang juga menyaksikan perubahan besar kepada pelabelan halal di Malaysia. Ini kerana label halal tidak lagi boleh diletakkan sewenang-wenangnya pada produk makanan sebelum mendapat pensijilan halal Malaysia yang hanya boleh dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN/MAIN berdasarkan kepada Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Kata kunci: makanan dan minuman halal, syariah, undang-undang halal, pelabelan halal.othermakanan dan minuman halal,syariah,undang-undang halal,pelabelan halal.Panduan Makanan Dan Minuman Halal: Kajian Menurut Perspektif Syariah Dan Perundangan MalaysiaArticle