Hamidah Harun2025-12-222025-12-222025Hamidah Harun. (2025). Mu‘asyarah Bil Ma‘Ruf dan Hak Seksual dalam Perkahwinan Islam: Pemerkasaan Keluarga Madani Melalui Maqasid Al-Quran. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 392–406. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28309International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Konsep mu‘āsyarah bil ma‘rūf, iaitu pergaulan suami isteri secara baik dan beradab, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah an-Nisa’ ayat 19, merupakan asas penting dalam pembentukan keluarga Islam yang harmoni. Hak seksual pula bukan sahaja memenuhi fitrah manusia, tetapi juga merupakan salah satu hak dan tanggungjawab yang saling dimiliki oleh pasangan suami isteri dalam mencapai maqasid perkahwinan, khususnya dalam menjaga keturunan (hifz al-nasl), maruah (hifz al-‘irdh), dan kesejahteraan batiniah. Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara mu‘āsyarah bil ma‘rūf dan hak seksual dalam perkahwinan Islam serta menganalisisnya dalam kerangka maqasid al-Quran sebagai asas kepada kesejahteraan rumah tangga dan masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan terhadap sumber utama seperti al-Quran, hadis, dan karya-karya fiqh klasik serta kontemporari. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemenuhan hak seksual dan amalan mu‘āsyarah bil ma‘rūf merupakan antara keperluan asas rumah tangga yang dituntut oleh syarak dan memberi kesan langsung terhadap keharmonian, kasih sayang, dan keseimbangan emosi dalam kehidupan berumahtangga. Kajian ini juga mendapati bahawa penghayatan nilai-nilai ini sejajar dengan aspirasi dasar pembentukan Keluarga Kebangsaan Madani yang menetapkan lima teras utama iaitu kasih sayang, akhlak, sihat, selamat, dan harmoni. Justeru, pemerkasaan hubungan suami isteri yang berteraskan maqasid al-Quran bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian institusi keluarga, bahkan memperkukuh masyarakat sebagai asas pembinaan negara yang aman dan berdaya tahan.msHak seksualkeluarga Islamkeluarga madanimu‘āsyarah bil ma‘rūfmaqāṣid syariah.Sexual rightsIslamic familycivil familyMu‘asyarah Bil Ma‘Ruf dan Hak Seksual dalam Perkahwinan Islam: Pemerkasaan Keluarga Madani Melalui Maqasid Al-Qurantext::conference output::conference proceedings::conference paper392406