Irwan Mohd SubriWan Mohd Fazrul Azdi Wan RazaliWalid Mohd SaidNisar Mohammad AhmadAmir ShaharuddinMohd Aizuddin Abdul AzizMohd Azhar Ibrahim ResediMohd Nur Adzam RasdiSyadiyah Abdul ShukorBilal Jailani2024-05-292024-05-2920162232-104710.33102/jfatwa.vol8no1.53http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/53https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13642Penghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat penempatan melebihi dua ratus ribu orang. Di pusat-pusat penempatan itu, terdapat beberapa keadaan yang berkait rapat dengan fiqh seperti cara bersuci, kaedah mengerjakan solat, batasan pergaulan lelaki-perempuan yang bukan mahram, pengurusan jenazah, hukum mengambil barang yang dijumpai dan kesedaran merujuk pakar dalam hal fiqh yang tidak diketahui. Untuk mengetahui tahap kefahaman warga pusat penempatan terhadap isu-isu ini, satu kajian perintis kuantitatif berbentuk soal selidik telah dijalankan ke atas 18 orang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Dengan menjadikan daerah Temerloh dan Maran sebagai lokasi kajian, penyelidik mendapati responden mempunyai tahap kefahaman Fiqh yang tinggi dengan nilai min keseluruhan 3.87.otherFiqhTemerlohMaranBanjirKefahamanKefahaman Fiqh di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, PahangFiqh Understanding at Flood Relief Centers: An Exploratory Study in Temerloh and Maran District, PahangArticle9110781