Mohd Shamsul Hakim Abd SamadKhairul Anuar MohamadMohd Yakub @ Zulkifli Mohd YusoffSedek bin Ariffin2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16883PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaPelbagai usaha telah dilakukan oleh ulamak semenjak zaman silam hinggalah ke hari ini bagi menambah baik cetakan mushaf al-Qur’ãn dari masa ke semasa. Usaha ini telah bermula khususnya semenjak ia dihimpun pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq RA sehinggalah ia dihimpun semula dan disalin cetak serta ditambah baik oleh Khalifah Uthman dan khalifah-khalifah selepasnya. Ini termasuklah penyusunan isi kandungan al-Quran dan pembahagiannya kepada muka surat, hizb dan cain atau maqra'. Usaha-usaha yang dilakukan ini mempunyai tujuan dan kepentingan yang besar khususnya bagi membantu pembacaan dan penghafazan al-Quran khasnya dari kalangan masyarakat cajam. Justeru, penulisan ini akan membawakan sorotan sejarahnya, di samping menjelaskan lagi tujuan dan kepentingannya dalam usaha memelihara dan memulihara mushaf al-Qur’ãn. Tulisan ini turut membawakan perbincangan hukum terhadap penambahbaikan cetakan mushaf secara umum, serta hukum bagi penyusunan isi kandungan al-Quran beserta pembahagian-pembahagiannya secara khusus. Di akhirnya, penulis juga akan menerangkan keperluan dan kepentingannya dalam bidang tahfiz al-Qur’ãn serta bentuk aplikasinya pada hari ini.otherqur’ãn, hizb, maqra’, cain, rasm, dhabt, fawasil, tahfiz.Penyusunan Isi Kandungan Al-Qur’ãn Kepada Pembahagian Muka Surat, Hizb Atau Cain@ Maqra': Kepentingannya Dalam Bidang Tahfiz Al-Qur’ãnArticle611620