Norhani Fardilla binti Mohd KhairuddinRobiatul Adawiyah Mohd @ Amat2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16989PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesGolongan munafik ialah mereka yang mempunyai penyakit di dalam hatinya. Golongan ini cukup terkenal dengan sifat mereka yang penuh tipu daya melalui kata-kata dan tindak-tanduk mereka. Surah at-Taubah merupakan antara surah yang banyak mengisahkan tentang perihal golongan ini di dalam ayat-ayatnya. Namun begitu, pengkaji-pengkaji yang lepas kurang memberikan perhatian kepada kajian mengenai sifat golongan munafik ini melalui bahasa tubuh. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kewujudan bahasa tubuh golongan munafik di dalam surah at-Taubah. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan pendekatan penganalisisan tematik. Teknik pengumpulan data yang digunakan ialah kajian kepustakaan (library research) melalui penelitian kitab-kitab tafsir, jurnal dan artikel yang relevan kepada tajuk ini. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat penggunaan bahasa tubuh di dalam surah at-Taubah; malas, perbuatan mencela, marah, perbuatan menggenggam tangan, ketawa, menangis, duduk berdiam dan saling berpandangan. Melalui bahasa tubuh, pemahaman kepada konteks dan makna ayat dapat difahamkan dengan lebih mendalam. Kajian ini penting bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bahasa tubuh dan golongan munafik sekaligus dapat meneliti konteks ayat surah at-Taubah dengan lebih baik. Di samping itu, kajian ini juga dapat menyumbang khidmatnya sebagai suatu cabang ilmu yang baru untuk dititikberatkan oleh pengkaji-pengkaji dalam bidang ini.otherGolongan Munafik, Munafik, Bahasa Tubuh, Bahasa Badan, Surah At-TaubahAnalisis Tematik Bahasa Tubuh Golongan Munafik: Kajian Surah At-TaubahArticle199206