Wan Muhd Usaid bin Wan SubkiMuhamad Rozaimi bin Ramle2024-05-302024-05-302023eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16981PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesIbn Ḥajar al-‘Asqalānī merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang hadis. Namun, beliau juga mempunyai pelbagai karya dan sumbangan dalam bidang sejarah dan masih belum banyak kajian yang mengetengahkan sumbangan beliau dalam bidang ini. Antara karya beliau dalam bidang sejarah yang jarang diketengahkan adalah Inbā’ al-Ghumr bi Anbā’ al-‘Umr. Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan sumbangan Ibn Ḥajar al-Asqalānī dalam bidang tersebut menerusi kitab Inbā’ al-Ghumr bi Anbā’ al-‘Umr. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan dilakukan secara kualitatif. Hasil kajian ini mendapati bahawa Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang hadis semata-mata bahkan merangkumi bidang sejarah menerusi Inbā’ al-Ghumr bi Anbā’ al-‘Umr yang telah beliau hasilkan ini terutamanya peristiwa sejarah yang berlaku pada zaman beliau iaitu sekitar tahun 773H sehingga 850H.otherbn Ḥajar, Sejarah, Inbā’ al-Ghumr bi Anbā’ al-‘UmrSumbangan Ibn Ḥajar Al-‘Asqalānī Dalam Bidang Sejarah: Tumpuan Terhadap Kitab Inbā’ Al-Ghumr Bi Anbā’ Al-‘UmrArticle292301