Sulaiman IsmailYuslina MohamedZainur Rijal Abdul RazakMohamed Hj IbrahimZulkipli Isa2024-05-282024-05-2820212022-1-252289-720810.15282/ijleal.v11.5231https://journal.ump.edu.my/ijleal/article/view/5231/1444https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4808Volume: 11 No :1 (page: 27-36)Kajian ini membincangkan aspek penggunaan sintaksis nahu Arab yang terdapat di dalam sistem nahu bahasa Arab dan bentuk kesilapan penggunaannya di dalam penulisan pelajar bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Responden kajian terdiri daripada lepasan sekolah dan ma’ahad agama seluruh negara. Umum mengetahui bahawa bahasa Arab tidak asing kepada para pelajar ini yang terdiri daripada kalangan pelajar pengajian agama dan mereka telah lama mengikuti pembelajaran bahasa ini secara formal bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat menengahsebelum memasuki pusat-pusat pengajian tinggi negara. Namun masih banyak kesilapan yang mereka lakukan sewaktu menggunakan bahasa ini khususnya ketika menerapkan aspek sistem sintaksis bahasa Arab yang betul dalam penulisan. Teori Analisis Kesilapan oleh S.P. Corderyang memperkenalkan empat dimensi klasifikasi kesilapan pelajar sewaktu mempelajari bahasa diterapkan ketika penulis menjalankan kajian ini. Data kajian dikumpulkan melalui ujian bertulis yang diadakan terhadap sekumpulan 25 pelajar yang baharu mendaftar di universiti ini. Dapatan kajian ini membuktikan wujud kecenderungan pelajar untuk melakukan kesilapan dalam aspek ortografi, leksikon, nahu dan struktur ayat. Namun kesilapan yang paling ketara dan banyak dilakukan oleh pelajar adalah dari aspek penggunaan nahu. Malah dapatan kajian juga menunjukkan pelajar berulang kali melakukan bentuk kesalahan yang sama dan kekerapan kesalahan ini menunjukkan bahawa pelajar menghadapi masalah kemampuan linguistik (linguistic competence)dalam bahasa sasaran yang sedang mereka pelajari. Hal ini sekaligus membabitkan implikasi pedagogi yang perlu melihat keadah pemulihan (remedial)yang berkesan bagi membantu pelajar mengatasi kelemahan tersebut.otherAnalisis Kesilapan, Bahasa Arab, Pelajar natif bahasa Melayu, SintaksisAnalisis Kesilapan Sintaksis Bahasa Arab Dalam Penulisan Karangan Pelajar Natif Bahasa MelayuArticle2736111